Friday, January 15, 2016

Sejak akhir-akhir ni, rindu tu tak dapat nak dibendung lagi.

Makin hari makin teruk rindu.


Wednesday, January 13, 2016

Sebenarnya aku nak jadi kau.
Bukan macam kau.
Tapi kau.
Ya, exactly kau.

Sebab bila aku jadi kau,
aku takde la rasa teruk sangat.
Takde la rasa macam boleh jadi gila.
Takde la rasa lonely.
Takde la meratap bukan-bukan.

Ya, aku nak jadi kau.
Tapi aku ada satu masalah.
Bila aku jadi kau, boleh ke aku yakin yang aku akan okay?
Boleh ke?
Sebab aku sendiri tak tahu kau sebenarnya okay atau tak okay.
Tu je yang aku risaukan.

Tapi tu la, aku still nak jadi kau.
Dan aku harap kau tak pilih untuk jadi aku.
Hari ini kau tidak dapat menulis lagi. Dan juga hari esok dan seterusnya.
Tangan telah diikat. Mata telah ditutup.
Tiada lagi kedengaran coretan pensel di atas helaian kertas. 
Tiada lagi ketipan papan kekunci di waktu dinihari.

Kau hanya dapat bersuara.
Suara yang tidak akan pernah terdengar oleh sesiapa pun.
Kerana hakikatnya kau telah kehilangan suara.
Akibat terlalu lantang memekik, menjerit akan perlunya kebebasan.

Bebas?
Kau mahu bebas? 
Telah aku berikan semua kebebasan yang kau inginkan.
Telah aku hulurkan segala kunci untuk membuka kembali segala ruang.
Ruang-ruang tertutup rapi yang pernah kau pilih untuk kunci dan lupakan.

- - - - - - -

Pintu bilik terkuak perlahan. Dia berpaling melihat satu susuk tubuh di muka pintu yang separa disimbahi cahaya dari skrin komputer.

"Adik tak tidur lagi?"

"Belum mak. Kejap lagi adik tidur. Adik nak siapkan kerja sikit."

"Adik jangan tidur lewat sangat. Esok abah nak ajak ke Teluk Chempedak."

"Okay."

- - - - - - - 

Teluk Chempedak? Teluk Chempedak ada apa? Monyet? Pantai?
Mestilah pantai. Takkanlah nak pergi tengok monyet.
Tapi esok aku ada plan lain.



Monday, January 11, 2016

Dulu aku berminat dengan bahan bacaan indie dan urban kontemporari, things like that lah.

Tapi sekarang macam dah jadi lambakan. Cover cantik dan menarik. Isi? Tak perlu aku nak cerita. Belek 2-3 muka surat pun aku dah tahu ke mana arah tuju buku camtu. Baca cover belakang pun rasa takde nak beli.

Tak lama dulu genre gini macam refreshing, something new, urban, hip, ada style etc. Tapi kenapa sekarang aku rasa macam semuanya sama je. Semua orang nak menulis. Semua nak jadi penulis. Semua nak jadi femes. Okay mungkin tak semua. Tapi banyak sangat macam dah jadi lambakan. Dah tak special.

Okay good, pembaca ada banyak pilihan. Tapi macam ada yang tak kena. Macam dah masuk fasa membosankan.

"Kalau kau tak suka tak payah la kutuk."

"Eh suka hati aku la. This is my opinion." 

Mungkin selera aku dah berubah. Mungkin aku dah muak dan jemu dan bosan dan rimas dengan lambakan buku-buku sedemikian. Don't ever mention random ramblings tweetpemes/selebriti YouTube yang dibukukan. Macam haram.

Syarikat buku sekarang dah jadi superkapitalis. Cover design memang menarik, tapi content buku entah apa-apa. Don't get tricked. Tolonglah beli bahan bacaan yang berkualiti dan layak diturunkan ke generasi seterusnya.

Ok tu je nak membebel.

2016 ni nak jadi cerdik sikit.

Eh, banyak.

Tuesday, January 5, 2016

Dia merenung ke luar jendela pesawat yang baru dinaikinya 2 jam tadi. Tempoh penerbangan masih berbaki 6 jam. Dia sedang kebosanan, termenung memerhatikan ruang udara yang gelap dan sejuk di luar. Dalam fikirannya hanya satu - untuk cepat-cepat sampai ke destinasi. Dia masih belum mengantuk. Penumpang di sebelahnya baru sahaja melenakan diri setelah menghabiskan hidangan makan malam. 

Dia harus melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan yang semakin lama merimaskan dan membuatkannya tidak senang duduk. Dicapainya sebuah novel kocek yang dibelinya dua hari lepas di pesta buku jalanan. Masuk helaian ketiga, dia meletakkan balik novel tersebut. Bukan tidak menarik jalan ceritanya, tetapi dia harus melakukan sesuatu yang lebih menyegarkan.

Dia menekan loceng isyarat untuk memanggil pramugari. Dipesannya segelas jus oren untuk menghilangkan kegelisahan dari kebosanan yang kian menular. 

Dingin masam dan manis bercampur aduk, bersatu dan bermesra di dalam cawan kecil plastik yang dihidangkan. Sedikit pahit di penghujung rasa tetapi dia tidak kisah. Jus oren berkenaan benar-benar memulihkan semangatnya. Dia terasa segar serta-merta.

Ruang sekeliling diperhatikan. Gelap dan sejuk. Hampir kesemua penumpang telah lena dibuai mimpi di atas awan. Dia bangun dari tempat duduk. Matanya meliar mencari seorang penumpang.

Hanya beberapa saat diperlukan sebelum dia terus melangkah laju menuju ke arah belakang kabin. Penumpang yang dicarinya kelihatan sedang tidur. Dia menepuk perlahan bahu penumpang tersebut.

"Tidur?"

"Tak. Dengar lagu."

"Awak tidur?"

Dia hanya menggeleng. Kesegaran dari jus oren tadi masih bersisa.

"Berapa jam lagi?"

"Enam. Lama lagi. Tidur la dulu."

"Lamanya. I can't wait."

"I can't wait too."




-the end-

Saturday, January 2, 2016

Sabar dan sabar dan sabar.
Nak dapatkan perkara baik perlukan kesabaran yang berganda. 
Contohnya awak.