Sunday, December 11, 2016

At the end of the day

Aku nak tulis sesuatu yang sangat panjang kat sini. Sort of luahan rasa.

Tapi tak payah la kot. Apa yang aku rasa bukan la penting sangat kalau nak difikirkan pun.
Kalau dibiarkan ia akan pergi jugak, kan?

2017, aku nak kurangkan bercakap yang bukan-bukan dan kurangkan jadi annoying. Aku tahu aku sangatlah annoying bila aku mula bukak mulut atau texting. Harap dapatlah aku kurangkan semua tu.

Sunday, September 18, 2016

September 18

It has been more than two years we have known each other. Quite a number of things have happened between us since the moment we first met through mIRC. And there are a lot of feelings we have been sharing since then. Getting to know you is a gift and having you as my ever lovely and loving girlfriend is a blessing. Words are not enough to describe how thankful I am to have you by my side in this life. I have never felt loved and appreciated like this before. You are truly a heaven-sent angel. A kind-hearted, loving, caring, understanding and so much more great qualities in you. Your tender loving affection is something I always miss. Lucky me to have you, Sayang. Your beauty is extraordinary, angelic, pure and never tainted with the unnecessaries of this world. Every moment of being with you is a moment I treasure. And being another half of you is like a miracle that keeps recurring again and again eternally. You are truly special in my life. All of my heart, mind, body, and soul hold highly of you in them. Because you are my only Sayang. The one and only. When I thought I could never love again, you came and guided me to the right path. You showed me that love still existed in me and that love was just specially for you and you only. It still is. It is going to be so forever. Sayang, thank you for being with me all of this time. Thank you for enduring my stubbornness. Thank you for choosing me and loving me tenderly and affectionately. There are so many things I would like to mention about you and how thankful I am for having you but words are not able to describe them all. Sayang, I am going to make you mine on one fine day and we won't have to endure the physical distance between us anymore. Pray for me to be able to make it a reality soon. Nurelysha Binti Hassan, saya sayang awak. Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-28, Sayang. Semoga awak dan keluarga tersayang sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat-Nya. Semoga awak gembira sentiasa disamping orang tersayang dan semoga awak berjaya di dunia dan akhirat. Amin. 

Wednesday, March 16, 2016

Thursday, March 3, 2016

Rindu

Kadangkala, eh bukan kadangkala tapi rasa macam setiap masa, hampir setiap ketika aku rasa macam nak puji lebih-lebih sampai melangit, sampai ke angkasa lepas. Sebab apa? Sebab sayang? Sebab suka?

Yes and no.

Tapi more to sebab rasa bersyukur adanya dia.
It feels like I learn how to fall in love. It's like I learn to know what love really is. It's just that. That kind of happiness and joy are making me over the moon. Rasa bersyukur dan gembira tu tak terluah, tak terkata, tak tertulis and semua-semua la tak. Thank you Allah for this. Thanks to you too, Sayang.

Tapi ada satu yang aku tak berapa nak suka. Tapi aku suka jugak actually. Tapi it's not that nice, which is perasaan rindu. Kadang-kadang, it has come to a point aku jadi macam tak boleh tahan that kind of missing feeling. It is..urm..quite painful. It won't last long cuma aku akan jadi macam teruk sikit time tu. Heh.

Kekadang tu bila rindu, and pastu dia text, terus jadi over the moon yang sangat over, jadi nak cakap rindu yang teruk-teruk best, tapi lepas tu terpaksa hold back sebab taknak kelihatan silly. Tapi most of the time biarkan je silliness tu take over. Dah rindu, mana boleh tahan. This LDR thing sangat-sangat menguji sejauh mana aku mampu tahan rindu.

And now, I am waiting for the day I don't have to miss you anymore.
I was at peace. There, alone, nothing much to think, but I was at peace. There was nothing much running through my mind at that time. There was nothing much to miss. Nonetheless, I was looking for something, ugh, to happen. I was looking at a slow pace, unconsciously, not really much giving it a hope to really happen. But I was there, hoping, deeply.

No, I don't know what to say anymore in this small space. All I know is; you complete me.

Monday, February 29, 2016

She found me, then I found myself. Not my old self but a new one. The calmer and better me. Every single day I silently remind myself of how lucky I am to have been found by her. I have never thought we could be this far. Every single day we are getting closer, moving far away from our past. This journey together is like a dream, but better because it is real.

Suddenly, everything fall into its own place.

Saturday, February 13, 2016

When I see myself in the mirror, I see you.
I don't expect it to come to this point.
Mengira datangnya hari bahagia~

Friday, January 15, 2016

Sejak akhir-akhir ni, rindu tu tak dapat nak dibendung lagi.

Makin hari makin teruk rindu.


Wednesday, January 13, 2016

Sebenarnya aku nak jadi kau.
Bukan macam kau.
Tapi kau.
Ya, exactly kau.

Sebab bila aku jadi kau,
aku takde la rasa teruk sangat.
Takde la rasa macam boleh jadi gila.
Takde la rasa lonely.
Takde la meratap bukan-bukan.

Ya, aku nak jadi kau.
Tapi aku ada satu masalah.
Bila aku jadi kau, boleh ke aku yakin yang aku akan okay?
Boleh ke?
Sebab aku sendiri tak tahu kau sebenarnya okay atau tak okay.
Tu je yang aku risaukan.

Tapi tu la, aku still nak jadi kau.
Dan aku harap kau tak pilih untuk jadi aku.
Hari ini kau tidak dapat menulis lagi. Dan juga hari esok dan seterusnya.
Tangan telah diikat. Mata telah ditutup.
Tiada lagi kedengaran coretan pensel di atas helaian kertas. 
Tiada lagi ketipan papan kekunci di waktu dinihari.

Kau hanya dapat bersuara.
Suara yang tidak akan pernah terdengar oleh sesiapa pun.
Kerana hakikatnya kau telah kehilangan suara.
Akibat terlalu lantang memekik, menjerit akan perlunya kebebasan.

Bebas?
Kau mahu bebas? 
Telah aku berikan semua kebebasan yang kau inginkan.
Telah aku hulurkan segala kunci untuk membuka kembali segala ruang.
Ruang-ruang tertutup rapi yang pernah kau pilih untuk kunci dan lupakan.

- - - - - - -

Pintu bilik terkuak perlahan. Dia berpaling melihat satu susuk tubuh di muka pintu yang separa disimbahi cahaya dari skrin komputer.

"Adik tak tidur lagi?"

"Belum mak. Kejap lagi adik tidur. Adik nak siapkan kerja sikit."

"Adik jangan tidur lewat sangat. Esok abah nak ajak ke Teluk Chempedak."

"Okay."

- - - - - - - 

Teluk Chempedak? Teluk Chempedak ada apa? Monyet? Pantai?
Mestilah pantai. Takkanlah nak pergi tengok monyet.
Tapi esok aku ada plan lain.



Monday, January 11, 2016

Dulu aku berminat dengan bahan bacaan indie dan urban kontemporari, things like that lah.

Tapi sekarang macam dah jadi lambakan. Cover cantik dan menarik. Isi? Tak perlu aku nak cerita. Belek 2-3 muka surat pun aku dah tahu ke mana arah tuju buku camtu. Baca cover belakang pun rasa takde nak beli.

Tak lama dulu genre gini macam refreshing, something new, urban, hip, ada style etc. Tapi kenapa sekarang aku rasa macam semuanya sama je. Semua orang nak menulis. Semua nak jadi penulis. Semua nak jadi femes. Okay mungkin tak semua. Tapi banyak sangat macam dah jadi lambakan. Dah tak special.

Okay good, pembaca ada banyak pilihan. Tapi macam ada yang tak kena. Macam dah masuk fasa membosankan.

"Kalau kau tak suka tak payah la kutuk."

"Eh suka hati aku la. This is my opinion." 

Mungkin selera aku dah berubah. Mungkin aku dah muak dan jemu dan bosan dan rimas dengan lambakan buku-buku sedemikian. Don't ever mention random ramblings tweetpemes/selebriti YouTube yang dibukukan. Macam haram.

Syarikat buku sekarang dah jadi superkapitalis. Cover design memang menarik, tapi content buku entah apa-apa. Don't get tricked. Tolonglah beli bahan bacaan yang berkualiti dan layak diturunkan ke generasi seterusnya.

Ok tu je nak membebel.

2016 ni nak jadi cerdik sikit.

Eh, banyak.

Tuesday, January 5, 2016

Dia merenung ke luar jendela pesawat yang baru dinaikinya 2 jam tadi. Tempoh penerbangan masih berbaki 6 jam. Dia sedang kebosanan, termenung memerhatikan ruang udara yang gelap dan sejuk di luar. Dalam fikirannya hanya satu - untuk cepat-cepat sampai ke destinasi. Dia masih belum mengantuk. Penumpang di sebelahnya baru sahaja melenakan diri setelah menghabiskan hidangan makan malam. 

Dia harus melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan yang semakin lama merimaskan dan membuatkannya tidak senang duduk. Dicapainya sebuah novel kocek yang dibelinya dua hari lepas di pesta buku jalanan. Masuk helaian ketiga, dia meletakkan balik novel tersebut. Bukan tidak menarik jalan ceritanya, tetapi dia harus melakukan sesuatu yang lebih menyegarkan.

Dia menekan loceng isyarat untuk memanggil pramugari. Dipesannya segelas jus oren untuk menghilangkan kegelisahan dari kebosanan yang kian menular. 

Dingin masam dan manis bercampur aduk, bersatu dan bermesra di dalam cawan kecil plastik yang dihidangkan. Sedikit pahit di penghujung rasa tetapi dia tidak kisah. Jus oren berkenaan benar-benar memulihkan semangatnya. Dia terasa segar serta-merta.

Ruang sekeliling diperhatikan. Gelap dan sejuk. Hampir kesemua penumpang telah lena dibuai mimpi di atas awan. Dia bangun dari tempat duduk. Matanya meliar mencari seorang penumpang.

Hanya beberapa saat diperlukan sebelum dia terus melangkah laju menuju ke arah belakang kabin. Penumpang yang dicarinya kelihatan sedang tidur. Dia menepuk perlahan bahu penumpang tersebut.

"Tidur?"

"Tak. Dengar lagu."

"Awak tidur?"

Dia hanya menggeleng. Kesegaran dari jus oren tadi masih bersisa.

"Berapa jam lagi?"

"Enam. Lama lagi. Tidur la dulu."

"Lamanya. I can't wait."

"I can't wait too."




-the end-

Saturday, January 2, 2016

Sabar dan sabar dan sabar.
Nak dapatkan perkara baik perlukan kesabaran yang berganda. 
Contohnya awak.