Wednesday, October 21, 2015

Dia

Dia membuatkan aku kembali berpijak di bumi yang pernah aku lalui satu ketika dahulu. Bumi yang pernah aku pilih untuk dilupakan. Bumi yang satu ketika dahulu menadah segala macam emosi bercampur aduk.

Dia memberikan aku semangat lalu mencetuskan keberanian untuk aku terus berdiri, berjalan dan berlari di denai kecil yang kiri dan kanannya dilatari bermacam jenis tumbuhan - ada yang cuba menghunus deduri yang beracun dan tajam, ada pula yang cuba menghulur kenikmatan dan kelazatan isi belantara dengan penuh rasa ikhlas dan tanggungjawab.

Aku akur akan segala kata-kata manis dan lembut yang tidak jemu dituturkan dari bibirnya yang nipis bak ulas limau yang ranum. Sesungguhnya, aku sudah terpaku pada keindahan setiap bicaranya yang singgah menjengah dan mengakali kewarasan dan kewajaran tingkah laku yang aku pamerkan. 

Dia menjadi penaung kepada segala gerak-geri tatkala aku meniti lembah sepi yang pernah aku tinggalkan. Dia jugalah yang tidak henti-henti menyuluhkan denai kecil lagi sempit yang perlu aku tempuhi, menerangi segenap laluan dengan kata-kata hikmah dan santun pekerti mulianya yang memang tidak perlu dibicarakan lagi.

Dan aku kini, tidak lagi bersendiri menempuh ranjau yang satu ini. Walaupun semuanya belum terbentang, tetapi aku yakin, seluas mana pun ranjau ini, semuanya akan dijalani dengan penuh hati-hati dan berani, berpandukan akal dan iman di hati. Kerana aku ada Dia dan dia, tersemat rapi di sanubari.
Gugus kiambang semalam 
telah hanyut pagi ini
dibawa arus paya deras 
yang berbau hanyir 
dan hamis manusia dari kota
sehanyir dan sehamis 
janji-janji mereka 
pada anak desa.

Reverse Trail

I have done reverse trail last week on Saturday morning. Not many people were seen on the trail. Only four including me.

Trail and reverse trail took me almost one solid hour of trekking in the forest. The rolling and steep terrain posed a challenge to newbie like me. I chose to trek slowly than before due to my injured left foot that didn't fully heal yet. 

The reverse trail was a little trickier to tackle due to its nature - having more of downhill instead of uphill. Apart from that, the trail was slippery; thanks to scattered dry leaves that were covering each other, forming layers of unexpected slip trap. I fell once - right at the start of the trail - and managed to injure my right index finger by accidentally gripped on a dangling twig full of thorns to prevent myself from falling further. 

The whole reverse trail felt longer than doing the normal trail. For once, I felt like lost in it. Since everything was reversed, it was hard to familiarize with the trail for the first time.

I'm gonna do it again though.

Wednesday, October 14, 2015

Trail @Bukit Bauk

Aku lupa nak buat review pasal trail Rimba Bandar Bukit Bauk. Yes. Tu nama rasmi dia.

Aku dah pergi 3 kali. First time 2 tahun lepas dengan kawan-kawan tapi sempat lalu separuh je trail hutan tu sebab Mat Duan kepenatan. 

Kali kedua masuk adalah 2 minggu lepas. Aku masuk sorang-sorang sebab aku rasa takkan sesat dalam tu. Lagipun Bukit Bauk bukanlah besar sangat. Cuma cuak jugak sikit kalau-kalau trail dia tak jelas dek terlindung daun-daun kering dan semak-samun. Nasib baik trail jelas. 

Kali kedua aku masuk ni, aku jumpa beberapa lagi cabang trail yang berselirat yang aku tak tau akan lead ke mana. Aku ambik trail yang paling common orang selalu lalu sebab first time sorang-sorang. Aku bukan berani sangat nak lama-lama dalam tu. Kelibat Sang Panjang dan binatang berbisa lain tidak ternampak. Syukur. 

Tapi bila exit je trail tu dan masuk ke jalan tar, aku memang kepenatan. Trail tu jalan banyak menaik. Ada yang mencanak sampai aku terpaksa merangkak naik. Punya la steep. Tapi best!

Dah masuk jalan tar trek joging tu, aku sambung terus ke puncak. Actually not real puncak, tapi point tertinggi yang boleh ditakluk melalui jalan buatan manusia. Selepas tu dah ada pejabat Telekom dan dilarang masuk for sure. Itu adalah tempat tertinggi yang orang ramai boleh jejak.

Lepas tu kali ketiga aku masuk ke trail tu adalah Sabtu minggu lepas. Aku pergi berdua dengan adik dan aku pilih untuk discover trail yang panjang yang aku tak tau lead ke mana. Honestly aku tak perasan trail tu masa pergi last 2 weeks. Jadi aku memberanikan diri cuba dengan adik aku yang first time masuk trail tu.

Halfway dalam trail semasa turun ke laluan air yang kering, aku ternampak sesuatu bergerak laju di sebalik rimbunan pohon kayu rendah. Aku terus berhenti dan menahan adik yang di belakang dari terus melalui trail. Adik bertanya dan aku hanya menjawab ada Sang Panjang. 

Selepas dua kali membaling ranting kayu ke arah ular tersebut, akhirnya ular tu berpatah balik dan menyusur ke celah-celah pohon kayu. Aku dan adik meneruskan perjalanan walaupun makin lama aku makin penat. 

Lepas tu terjumpa laluan trail yang aku tak pernah lalu sebelum ni. Aku ambik laluan tu. Tapi trail tu makin lama makin tak jelas. Daun kering berselerakan menutup trail. Nampak sangat trail ni jarang orang lalu. Aku sedikit cuak bila makin lama trail makin tak nampak. Aku hanya mengikut naluri yang mengatakan inilah laluan yang betul yang akan membawa ke jalan tar trek joging nanti.

Sampai di satu tempat, tiada trail lagi kelihatan. Hari makin gelap. Pukul 6 lebih tapi dalam hutan rimba ni, tak sama cerahnya macam kat luar. Aku dan adik berhati-hati menyusuri satu laluan yang berselirat akar-akar kayu di tepi lereng. Di sebelah kiri adalah cenuram, di sebelah kanan adalah lereng menaik. Di depan pulak ada tanah mencanak naik. Tiada lagi trail di hadapan. Memang trail ni betul-betul orang jarang lalu sampai trail dah hilang ditelan hutan. 

Tapi aku tak kaget. Aku tau yang jalan keluar dah tak jauh menurut firasat sendiri. Tanah yang menaik di depan perlu ditempuh. Dan di sebatang pokok aku terlihat penunjuk arah. 

Tepat tekaan aku. Tanah bukit yang menaik di depan harus dilalui untuk ke jalan keluar. Aku dan adik yang kepenatan mengerah tenaga untuk memanjat keluar dari trail tersebut yang seterusnya membawa ke jalan tar trek joging.

Selesai keluar dari trail, aku dan adik berjalan sehingga ke puncak melalui trek joging. Aku memang penat sampai tak boleh nak berjoging lagi. Hanya mampu berjalan menaiki bukit melalui tar trek joging. Adik aku yang ternyata lagi berstamina membuat beberapa sprint menaiki bukit. 

Kenaikan berat sebanyak 3 kilogram ternyata membuatkan aku cepat penat. Tapi aku teruskan juga sehingga ke puncak dan kemudian turun semula sampai ke kaki bukit bersama adik. 

Oh ye, masa tu Hari Sukan Negara. Jadi untuk mengalihkan perhatian dari kepenatan melalui trail hutan, aku dan adik sempat berlawak yang KJ tengah menunggu kitorang kat puncak dengan Milo ais. Kitorang tak bawak air semasa naik bukit petang tu. Memang sengaja. 

On the way turun, aku betul-betul haus. Aku sempat meneguk beberapa titik air di dalam periuk kera. Adik aku refused untuk minum air dalam tu. Nak periksa katanya, takut jadi bengong nanti.

Sampai kat kaki bukit dah dekat pukul 7 petang. Baju aku memang dah sampai tahap boleh diperah. 

Secara overall, trail tu memang best. Mencabar walaupun tak berapa panjang sangat. Semua orang pun boleh cuba cuma berhati-hati dan jangan ego kat dalam tu. Aku dah pernah terseliuh sebab terjatuh dek tersalah pijak akar kayu. Semua tu sebab ego nak trail running la konon. 

Anyway, aku nak explore lagi trail-trail lain yang berselirat dalam tu akan datang. Mungkin ada trail yang lagi jauh dan panjang, who knows kan?

Seri Dewi Malam

Done reading this novel. Want to read the professional review? Here. 


"Untuk mereka yang sedang bercinta"

Itu yang ditulis kat cover belakang novel ni. Well, novel ni bukan macam novel cinta yang selalu kita tengok banyak kat rak kedai buku tu. Novel ni pun keluaran DBP, so don't expect it to be macam novel jiwang leleh yang buatkan pembaca banyak berkhayal. It's a very good novel, cuma aku tak nak recommend kat orang unless orang tu ada minat kat something yang sastera dan bukan kontemporari. 

Aku ada sebuah lagi novel bergenre macam ni. Bertajuk 'Khuluk' keluaran Utusan Publications. Novel romantik yang ada isi. Bukan romantik kosong yang mengkhayalkan semata-mata. Khuluk tu novel Bahasa Malaysia yang paling mahal dan paling tebal pernah aku ada. Nasib baik la ada BB1M masa tu. Heh.

Aku pernah terfikir, kenapa aku perlu baca novel jiwang yang tak berapa nak jiwang ni? 

Sekarang aku dah dapat jawapan dia.

Tuesday, October 13, 2015

Untitled

Kat pantai.
Bercakap sorang-sorang.

Plan asal nak pergi memancing. Tapi cancelled.

Plan kedua nak cycling. Dah siap-siap dah semua. Air dah isi. Baju seluar semua dah sedia. Tapi cancelled jugak.

Plan ketiga nak sambung baca novel Seri Dewi Malam. Cancelled.

Last sekali stuck kat pantai. Sambil mencari-cari kelibat Pulau Tenggol dan Nyireh.

Hari masih berjerebu walaupun semakin berkurangan. Tapi masih tak secantik hari yang udaranya bersih.

Even so, air laut yang agak tenang petang ni buatkan aku rasa nak terjun ke dalam. 

Monday, October 12, 2015

An Evening at Teluk Lipat

"Perseus, kau tak perlu macam tu. Kau ni try hard sangat la. Kalau kau nak kelihatan matang sekali pun, kau tak perlu buang benda yang kau rasa fun. Kau tak perlu jadi tak fun. Mana sense of humour kau dah pergi? Mari aku carikan balik. Tapi most importantly, kau terlalu try hard untuk kelihatan dewasa macam orang umur 40-an. Hey, orang umur 40-an pun lagi fun la. Kau dah kenapa? Tak nak jadi diri sendiri? Atau ni adalah idea untuk ke arah menjadi diri sendiri? Be yourself, Perseus. It's not I don't like this change in you. I can accept it. Cuma I want you to be your own self in the most natural way - the way you're most comfortable at."

Perseus hanya diam sambil matanya tertumpu ke arah loket mutiara yang tergantung rapi di leher Andromeda. 

"Rantai baru?"

"Yes. Tapi kau dengar kan apa aku cakap tadi?"

"Ye. Dengar."

"Kalau dengar, ikut."

Perseus tersenyum. Senyumannya tawar - setawar ais jagung yang aisnya telah mencair yang disedutnya petang itu. Kata-kata Andromeda ada betulnya. 

Faust Arp

Lamanya tak memancing. Last sekali masa 3 minggu lepas kat Kuala Dungun. Masa tu dapat anak ikan kekek. Lepas tu jerebu kuat sangat sampai rasa malas nak keluar rumah sedut asap petang-petang. Tapi mostly aku tak memancing kebelakangan ni sebab rasa tak best guna kereta nak pergi memancing. Menghabiskan minyak kereta ayah dengan pergi memancing telah menimbulkan satu rasa bersalah.

20 kali fikir pun 20 kali jugak rasa bersalah. Walaupun takde la jauh mana tempat memancing tu tapi rasa bersalah tu tetap ada. Rasa macam mementingkan diri sendiri.

Banyak kali hasrat untuk keluar memancing tu aku batalkan. Aku tukar plan memancing jadi plan lain je tak yang tak meibatkan kereta. Tapi bila keluar ke tempat joging yang lagi jauh pakai kereta, takde pulak rasa bersalah. Aneh.

Anyway, aku rasa nak mandi laut. Tapi aku tahu tak boleh. So, dapat tengok laut sambil celup kaki dalam air pun jadi la.

Last but not least, umur sekarang memang kalau ditegur akan cepat melenting eh? Melenting cara aku takde la teruk. Aku diam most of the time sambil masuk bilik dan terperap dalam tu. Lately aku perasan aku cepat melenting. Hormone raging I guess. Atau aku dah taknak jadi pasif macam dulu. 

Last but not least, buka mata, buka minda dan buka hati.

Sunday, October 11, 2015

Reflection

I think I can live without social media. Of course I feel the irresistible urge to install all those things again, but do I really need them anyway? 

Yes. I want them. I still want to use them. Cuma...Entah la...

Kalau dah hari-hari guna, tiba-tiba satu hari tu stop, for sure rasa macam kehilangan sesuatu. Well not really kehilangan. They are just things to keep me updated with stuffs I have interest in. Tapi bila hari-hari terfikir nak ada balik semua tu, I think it has come to a point I am quite inseparable with them social media. 

I can live without Instagram. I can live without Facebook and tumblr. But Twitter is another kind of thing I like to keep. But...

But I'm afraid to have it again. I feel stupid when I start to get so worked up because of simple and harmless scribbles there. 

Till when? I don't know.

Well, semua ni sebab.. 

Sebab it's all in my small cramped mind. It hasn't been outside, really. It makes its own imaginary perfect world, when reality is totally different. Reality is not all flowers and sunshine. To acquire a rainbow, Heaven has to open up hasn't it?

Oh well, let's go outside and chill out more then. Shall we, sweetheart?



Biometric

Hari tu Elysha ada cakap pasal nak jalan-jalan ke Istanbul. Hari ni aku baca paper ada bombing kat Ankara. And I told her about that. Not that she wants to go to Turkey in near future, but saje la kan bagitau. Dia cakap nak pergi Masjid Biru, which I thought as Hagia Sophia, the only mosque (now a museum) in Turkey I know. Anyway, Masjid Biru is Masjid Sultan Ahmed which is amongst the other many Ottoman mosques inspired by the architecture of Hagia Sophia.

Lepas tu aku pun Google la benda-benda lain macam return ticket ke Istanbul. Biasa la petang-petang ni bosan so yeah.

And then aku terGoogle pasal how powerful is our passport. Aku pernah baca pasal ni dulu. Tapi saje la kan, nak up kat sini pulak sebab our passport is actually freaking powerful. Here is the link

Tetiba rasa bangga jadi pemegang passport Malaysia. And bangga tu sangat menjadi-jadi bila sampai KLIA sebab boleh masuk lane auto gate. Heh.

Kenapa passport kita power? Sebab hubungan baik negara kita dengan banyak negara lain. So no visa required. Just visa on arrival.

And yeah, let's travel on some fine day. 

Wednesday, October 7, 2015

Pulp

Aku berasa kesal kerana terpengaruh dengan gaya penulisan kosong dan tidak bermakna yang pernah aku baca di dalam sebuah koleksi cerpen yang aku beli di pesta buku tidak lama dahulu. 

Aku berasa kesal kerana aku begitu mudah terpengaruh dengan sesuatu yang tidak berseni - urban kontemporari/pulp/moden. 

Bodoh.

Malam ini aku merasakan genre sedemikian hanyalah picisan untuk mengaut wang ringgit dari poket anak-anak muda yang sedang mencari-cari identiti. 

Dan aku salah seorang yang menjadi bodoh kerana mudah terpedaya dengan hal sedemikian. 

Tetapi tidak mengapa, perasaan ini mungkin hanya berkunjung dibenak fikiran aku pada ketika ini sahaja. Mungkin pagi esok aku akan menarik balik ungkapan pembodohan tadi. 

Genre itu mungkin tiada yang bodohnya. Hanya aku yang berkecamuk fikirannya merasakan kebanyakan perkara yang aku baca tidak bermakna dan amatlah tidak diperlukan, lalu aku dengan sesuka hati membodohkannya.

Anyway, aku minum terlalu banyak kopi pekat pada hari ini. Dan kadar denyutan jantung aku tidak semena-mena menjadi laju dari kebiasaan. Aku sukakan kopi, tetapi kesan sampingannya agak tidak menyenangkan. 

 

#12

Aku tidak boleh lagi menulis kerana tiada apa lagi yang hendak ditulis. Bukan kekeringan idea, tetapi perkara yang ingin aku coretkan terlalu sensitif. Terlalu sensitif sampaikan aku memilih untuk membuang idea penulisan tersebut jauh-jauh bersama rasa kurang senang ini.

Mungkin juga paparan skrin telefon dan papan kekunci maya ini begitu tidak menyelerakan untuk aku menulis panjang-panjang dan meluahkan sesuatu di sini. Mungkin juga kerana aku sudah bosan menulis.

Kerap kali bertandang difikiran satu rasa untuk meninggalkan kebergantungan terhadap media sosial. 

Media sosial sudah menjadi satu platform yang membosankan. Atau mungkin hanya aku yang kebelakangan ini cepat jemu dengannya.

Sebenarnya hari ini aku merasakan serba tidak kena. Letih dan lesu. Kurang bermaya. Malas dan malas. Dan aku baru sahaja memecahkan sebiji gelas di dapur. Sudah beberapa biji gelas sudah aku pecahkan sejak akhir-akhir ini kerana kecuaian sendiri.

Sejak kebelakangan ini juga aku semacam hilang ingatan terhadap apa yang berlaku beberapa hari lepas. Aku tidak tahu kenapa. 

Hey, perasaan kurang senang ini masih belum pergi. Kenapa ya? 

Oh, sebelum aku terlupa, aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada sesuatu. Tapi orang cakap, kalau masih nak stay, jangan ucapkan selamat tinggal.