Sunday, September 27, 2015

Senile

Aku ada buat satu benda yang tak bijak malam ni. Aku terlog out Twitter. Bukan ter la sangat, tapi sengaja. Aku just nak tengok apa jadi. Just nak tengok login page dia macam mana rupa.

Lepas tu, benda yang best jadi. Aku tak ingat username and password. Sejak ada akaun tu for like 2 years, aku tak pernah log out. Jadi, logik jugak kalau aku lupa. Ingatkan phone ni save la username and password, sekali tak. Dan aku rasa dah macam boleh say goodbye je kat Twitter tu.

Kalau akaun tu dah gone, should I use my old one? Tapi yang tu pun aku lupa password dia. Jadi, entah la. Aku rasa aku ada tulis somewhere username and password tu. Tapi yang tu pun aku lupa aku letak mana.

So kesimpulannya, aku dah nyanyuk sikit. Sikit je la. 

Monday, September 21, 2015

Rindu

Setiap kali aku merenung muka bulan, aku mengaguminya. Betapa cantik dan sempurnanya ciptaan. Betapa indah dan terpancarnya satu rasa bahagia, tenang dan penuh segala rasa yang aku idamkan.

Tetapi bulan, aku tidak memujamu. Aku hanya memuja Sang Pencipta - 
yang menjadikan dirimu dan dirinya - 
dirinya yang tidak jemu aku rindukan.

Friday, September 18, 2015

Happy Birthday Sayang.

Sweet 17 forever kannn...?

Hehehe :p

Tuesday, September 15, 2015

Noda

Baru pukul 6 pagi dan aku telah bergaduh. Bergaduh dengan diri sendiri. Bergaduh di dalam kotak pemikiran. Itu pun kalau ia boleh dipanggil pemikiran kerana sebenarnya ia lebih kepada hawa nafsu jahat yang seakan-akan dirasuk syaitan. It's freaking 6 in the morning and I have no idea why the hell I am so tensed up. 

Aku cuba merasionalkan setiap kata. Aku cuba mencari silap tetapi tiadalah satu pun yang terlihat. Hanya pandangan sepi yang berbalik kepada diri aku, seakan puas melihat aku begitu cepat bersikap panas hati lalu hampir hilang kewarasan dalam berfikir. 

Aku perlu rasional dan itu sahaja penyudahan yang paling sempurna untuk pertengkaran dengan diri sendiri pagi ini. Suka atau tidak, aku tidak boleh terus menutup mata atau hati, kerana inilah dunia - dunia yang bukan dicipta hanya untuk aku. 

Aku hampir terlupa bahawa dunia ini macam-macam. Dunia yang mengikut acuan seperti yang aku inginkan hanyalah dunia aku sendiri - dunia khayalan yang aku ciptakan - sempurna, tiada cela, tiada sakit, tiada iri hati dan kegilaan yang mendukacitakan.

Pukul 6 pagi juga memaksa aku mengait kembali satu-persatu buah fikiran yang telah tinggi meranum di atas sana - meranum masak dengan penuh calitan kekotoran dan penyakit yang bermacam jenis - yang jijik lagi menjijikkan. Aku mengait noda hitam yang galak bercambah ini bukanlah untuk digunakan, sebaliknya untuk dimusnahkan. 

Monday, September 14, 2015

Fitrah

Aku sedar bahawa aku bukanlah yang terbaik. Jauh sekali dari menjadi yang paling menyenangkan hati. Aku cukup faham kekurangan diri yang terlalu banyak ini. Bukanlah aku tidak cuba untuk memperbaiki diri, tetapi kadangkala aku tidak terlepas dari lalai lalu melakukan silap yang akhirnya mengguris dan melukai hati orang yang aku sayang. 

Jujurnya, aku cukup takut jikalau orang akan berjauh hati dari aku. Hati manusia ini Tuhan jadikan ia supaya boleh berbolak-balik. Ada masa dan ketika, ia penuh dengan rasa yang indah-indah. Ada masanya juga hanya perasaan yang sebaliknya melanda. Cuma apa yang aku harapkan, perasaan yang indah-indah ini kekal selamanya dan hati ini suci dari sebarang noda hitam walaupun setitik. 

Demi Tuhan, itu satu permintaan yang cukup besar. Sejauh manakah aku dapat terus mengecap rasa bahagia ini? Adakah Tuhan meredhai apa yang aku lakukan ini? Mungkin aku harus bermula dengan-Nya. Tidak. Bukan mungkin lagi, tetapi sudah satu kemestian. 

Aku juga berharap supaya segala salah dan silap aku dimaafkan, kerana aku terlalu jauh dari sempurna. Bukannya aku tidak mahu ke arah kesempurnaan, atau paling kurang ke arah yang menyenangkan hati, tetapi keadaan tidak membenarkan aku untuk bebas mencorakkan jalan menuju bahagia sebagaimana yang aku mahu. 

Sungguh, jalan kebahagiaan itu tidak pernah mudah. Walaupun begitu, aku ingin membuka laluannya bersama dengan orang yang aku sayang. Biarlah payah, biarlah penuh duri; tetap akan aku tempuhi. Bukan kerana aku kesunyian dan bukan juga aku ingin meniru-niru orang lain, tetapi sudah menjadi fitrah dan cukuplah dia yang menjadi fitrah buat diri aku. 

Terima kasih kerana memahami. 
Terima kasih kerana sudi menerimaku seadanya.
Terima kasih untuk segalanya.

Friday, September 11, 2015

#7

Ada benda yang aku nak tulis, tapi banyak kali aku tangguhkan. Mungkin sebab masa kurang sesuai, atau aku tak berapa pasti macam mana aku nak tulis pasal tu. 

Sebenarnya aku nak tulis pasal bahagia. Bahagia yang semua orang nak, tapi tak semua orang boleh dapat. Dan bahagia yang semua orang boleh dapat, tapi tak semua orang nak. Pening? Don't be. Sebab aku baru je pening semalam. Dari tengahari sampai ke malam. Aku tak tahu kenapa aku pening. Pening yang boleh tahan merisaukan aku sebab aku rasa macam nak tumbang je time cycling petang semalam. Maybe sebab aku tak cukup tidur.

Ok dah jauh melalut. Back to the topic iaitu bahagia. Aku percaya bahagia tu ada yang kena cari, ada yang datang sendiri.  Tak kira la apa cara sekalipun, yang penting kena pandai kekalkan bahagia tu. Biar la ombak datang membadai bahtera, perjalanan menuju ke pulau impian harus diteruskan. Biarlah karam bahtera dihempas badai, bot keselamatan dan life jacket masih ada untuk digunakan, demi mengejar cita-cita suci menuju bahagia abadi. 

Okay aku tahu aku melalut lagi. Dan aku tak nak back to the topic dah sebab sebenarnya aku mengantuk dah ni. 

Sekian.