Monday, June 29, 2015

Terima kasih kerana menitipkan rasa yang pernah dilupakan.
Terima kasih kerana hadir walaupun cuma beberapa ketika.
Terima kasih untuk semuanya.

Thursday, June 25, 2015

Biru

"Laut ini sungguh biru. Biru yang paling cantik, paling indah dan paling tenang pernah aku saksikan."

"Begitukah? Bagaimana pula dengan langit membiru di atas sana?"

Dia merenung lama ke arah langit di hujung horizon. Cukup lama untuk membuatkan aku meneka isi fikirannya.

"Aku pilih biru anak matamu."

Pandangannya masih tertumpu ke arah birunya langit petang itu. Gumpalan awan terapung indah dan bebas bergerak seraya haluan angin.

"Tapi anak mataku coklat. Seperti kamu."

"Shhhh..." Dia berisyarat tanda menyuruh aku diam. Aku hanya tersenyum.

Pesawat

"Eject."

"Eject la bodoh!" Aku separuh menjerit. Geram dengan sikapnya yang begitu cool di saat pesawat kayu buatannya sendiri mahu terhempas.

"Kau eject dulu! Aku cuba selamatkan kapal terbang ni!" 

Dia berdegil untuk terus mengawal pesawatnya yang berpusing-pusing tanpa arah di udara. Asap berkepul-kepul keluar dari enjin di bahagian hadapan. Aku yang berada di tempat duduk penumpang ternampak percikan api di dalam kekalutan itu. Bau minyak terbakar menusuk rongga.

"Dah terbakar ni! Tak boleh buat apa! Keluar la gila!" Aku bertegas supaya dia keluar dan menyelamatkan diri.

"Shit! I'm out!"
 
"Me too!"

Dia akur. Pesawat ketiga buatannya jahanam. Terbakar di udara. Kabel minyak bocor di ketinggian 10 ribu kaki di ruang udara. Aku mengeluh, membayangkan dia sedang mencarut sambil memerhatikan pesawatnya terjunam ke hutan paya Jambu Bongkok pada petang yang malang itu.

Tuesday, June 23, 2015

SSRI

I have taken the medicine for about two weeks. I don't know how it makes me feel, honestly. It is a biological process which happens in my brain supposedly, but I don't know whether it takes place or not. I just feel numb. I just want to live - like you, you and you. But for now, let me go fishing sleep first. Oh wait, that's already dying living. Great.

On a side note of my cousin's condition - Alhamdulillah, the tumor is benign, not a malignancy. So the focus now is to do some physiotherapy and let's see how things are going to progress. I told her about nerve grafting, but I'm not very sure about it though. Let's hope for the best.


Wednesday, June 17, 2015

Kelip-Kelip

Sewaktu aku bersekolah rendah, seseorang pernah memberitahu bahawa kelip-kelip kecil berwarna-warni yang muncul di depan mataku itu adalah malaikat. Kelip-kelip itu begitu magis bagi pandangan mataku kerana walaupun mereka ramai dan terbang secara perlahan, namun mereka tidak dapat ditangkap. Dan aku mempercayai kata-kata seseorang itu secara bulat-bulat tanpa sebarang soal. Aku lupa siapa yang memberitahuku perkara sedemikian. Ah, mungkin kawan sekolahku dulu. 

Kelip-kelip tersebut masih muncul sehingga ke hari ini, masih lagi setia bermain-main di segenap pandangan jikalau aku mengundang kehadiran mereka. Dan mereka juga masih belum dapat ditangkap. Kadangkala, mereka hadir secara rela dan tanpa dijangka. 

"Ah, begitu rupanya malaikat. Kecil, halus, berwarna-warni, berbentuk bebola, berputar dan bebas terbang di depan mata manusia tetapi tidak dapat disentuh mahupun ditangkap."


Tempat Jatuh Lagi Dikenang...

Kalau aku pergi lagi tempat tu, aku nak biarkan budak-budak tu panjat bukit batu tu dan turun ke belah satu lagi supaya diorang dapat jejakkan kaki dan tengok pantai yang belum pernah diorang sampai. Hari tu, diorang nak panjat tapi aku tak bagi sebab aku risaukan keselamatan diorang. Walaupun takde la tinggi sangat kalau panjat tu tapi aku still tak nak ambik risiko tu. Biarlah aku sorang je yang panjat dan ambik gambar. 

Lepas tu aku pergi lagi kat tempat tu untuk kesekian kalinya, tapi kali ni aku dah tak panjat ke sebelah sana. Keadaan air tak menyebelahi kitorang pada hari tu sebab air tengah pasang. Jadi kitorang tak dapat nak pergi ke hujung batu untuk ke tempat air dalam. Actually boleh je, tapi aku tak berani sebab aku bawak orang lain yang secara automatik menjadi tanggungjawab aku untuk jaga diorang. Jadi kitorang pacak je mancing kat tepi. Hasilnya? Spesies karang kecil-kecilan saja macam ikan timun tanda.

Tempat tu jugak adalah tempat kedua yang aku suka dan rancang untuk pergi lepak-lepak sambil makan goreng pisang dan keropok lekor suatu hari nanti. Tu pun kalau aku rajin la. Sebab biasanya aku akan bawak joran sekali dan terlupa perihal nak makan-makan sambil lepak tengok laut. 

Tempat pertama yang aku rancang untuk chill out adalah di tepian tebing Sungai Pimpin. Aku panggil tempat tu sebagai Okinawa sebab aku memang suka syok sendiri seolah-olah tempat tu kat Jepun. Walaupun tiadalah yang Jepunnya tempat tu, tapi tempat tu memang best dan menenangkan. Dah banyak kali aku pergi tempat tu dan memang tiap kali tu jugak la aku akan ambik gambar terutama gambar matahari terbenam. Walaupun kadang-kadang aku tak dapat ikan sekor pun kat situ tapi aku balik puas hati sebab tempat tu memang sangat mendamaikan.

Aku pun tak tahu kenapa aku cakap pasal dua tempat ni. Mungkin aku rindukan tempat-tempat ni la agaknya.



Tempat pertama

Tempat kedua


p/s: Aku maybe dah upload dan cakap pasal tempat ni dah banyak kali. Countless dah. Sebabnya aku dah takde stok gambar baru nak bercerita.

Saturday, June 13, 2015

The Girl In Me

She protested, showing her disagreement. She is clearly not amused. But she stayed silence all this while, not really knowing what to do. Maybe the silence was the answer to everything, she reckoned. And it started to ring true to her sense. 

She just didn't like it.



Saturday, June 6, 2015

Kuih

Lepas tu kan, dia sedar yang sebenarnya semua tu berlaku hanya dalam kepala dia je. Segala laut, ombak, pantai, sunset, pulau, summer, monsoon, aiskrim, keropok lekor, mee goreng, nasi lemak semua-semua tu la hanya berlaku dalam kepala dia je. Dah banyak kali dah aku cakap kat dia, jangan dengar lama-lama sangat lagu tu, nanti merosakkan pemikiran. Tapi dia degil, nak jugak dengar. Lepas tu bila bangun pagi tengok cahaya matahari dan selepas beberapa perbualan telefon, segalanya balik ke asal. Aku dah cakap dah. Tapi orang degil memang macam tu. Nak berkhayal sangat tinggi-tinggi sampai ke langit, lepas tu bila reality strikes, jatuh menjunam macam layang-layang carik - jatuh terpacak bukan ke tanah, tapi ke kepala sendiri.

Ha, tapi takpe la. Nak buat macam mana. Semua orang akan rasa pengalaman macam tu. Laut tak selamanya berombak kuat. Angin tak selamanya kencang. Ada masanya dia akan tenang, setenang air batu campur depan padang bola kampung saya.

Lagi satu, dia pernah cakap kat aku yang perbezaan tak perlu dicari, tapi perlu dirasai secara perlahan-lahan. Suka, syukur. Tak suka, ubah dengan cara yang berhikmah, bukan dengan cara kasar dan memaksa. Kalau buat kuih dengan tergesa-gesa, manakan mungkin kuih itu akan menjadi kuih yang enak, lazat dan power? Kena la buat dengan hati-hati, cermat, teliti dan penuh dengan kasih-sayang bersulamkan hati yang ikhlas. 

Sebenarnya post ni aku tak tau dia nak pergi mana. Boleh cakap bye-bye dah ni.

Bye la gila!

Friday, June 5, 2015

Conscience



I wonder how crazy you can be.
Are you as cray cray as I am?
I hope so. More is better.
The more, the merrier.
So that we can run together, 
straight into the crashing waves, 
without having to look back.

I wonder whether you are lost,
in finding your own happiness.
Because I once was.
Then I told myself to create one.
That one happiness.
And that perhaps was the most useful advice,
a gift, 
I have ever given to myself.

Wednesday, June 3, 2015

The Tourist // Radiohead

 

It barks at no one else but me
Like it's seen a ghost
I guess it seen the sparks a-flowing
No one else would know

Hey man slow down, slow down
Idiot, slow down, slow down

Sometimes I get overcharged
That's when you see sparks
You ask me where the hell I'm going
At a thousand feet per second

Hey man slow down, slow down
Idiot slow down, slow down

Hey man slow down, slow down
Idiot slow down, slow down

Much mess. Such lost. Waiting for the way out.