Saturday, December 27, 2014

Moray

"Apa tu?"

"Sesirat."

"What?"

"Sesirat."

"Okay, tapi ikan ke tu? Macam ular je? Macam belut pun ada. Tapi kecik, macam anak belut."

"Yep, tapi ni actually belut laut. Moray eel. Orang panggil sesirat."

"Boleh makan ke?"

"You nak makan ni?" Kataku sambil menghulurkan sesirat berlendir yang masih melekat dan berlilit di tali perambut ke arahnya. Dia membuat mimik muka menyatakan kegeliannya terhadap makhluk laut tersebut.

"No, tapi orang makan ke sesirat ni?"

"Hmm, tak sure. Tak kot?"

Aku memotong tali perambut yang masih melekat bersamanya sesirat dan membuangnya ke dalam air muara. Malam masih muda. Kurang sepuluh minit ke pukul 10 malam. Aku membuka kotak peralatan pancing untuk mengikat perambut baru.

"Kenapa potong yang tadi?"

"Orang cakap, kalau sesirat dah makan, ikan susah nak makan umpan kat perambut tadi. Mungkin sebab lendir dia."

"Oo.."

"Nak belajar ikat perambut tak?"

"Boleh jugak."


xx


My Japanese bandmate cakap dia nak datang minggu depan. Tiket dah booked, dah confirmed semua.  Sebenarnya dari tahun lepas lagi dia cakap nak datang sini. Tapi memandangkan banyak perkara yang tidak dapat dielakkan, terpaksa la tangguh dari satu bulan ke satu bulan yang lain sampai la sekarang. Sebelum dia beli tiket tu, dia call aku tanya boleh ke dia nak datang minggu depan. Aku cakap ok je.  Aku pun free je minggu depan. Setakat ada kerja sikit-sikit tu biasa la. Tapi sebenarnya aku agak nervous. Aku kena la jugak prepare sikit-sikit sempena kedatangan dia ni. Kena bagitahu family aku yang kawan aku dari Jepun nak datang ke sini. Dan dia adalah seorang perempuan, yang mana tiada seorang pun dari kalangan ahli keluarga mahupun rakan terdekat aku yang kenal dan tahu mengenai dia. Dan aku jugak taknak orang salah anggap bukan-bukan nanti. She’s my bandmate. And she is coming to Malaysia as her backpacking trip. Backpacking la sangat kan. Last-last nanti duduk kat rumah aku je aku rasa. 

Macam awkward jugak nak explain kat orang nanti bila dia datang dan tinggal kat rumah aku untuk beberapa hari. Ye lah, dah la dia perempuan. Jepun pulak tu. But first of all aku kena explain kat korang macam mana aku kenal dia. Well, semua ni bermula 2 tahun lepas masa aku backpacking ke Jepun sorang-sorang. Ada satu hari tu aku melawat kedai alat muzik dan tengok ada beberapa orang tengah test gitar. Aku ni tahu la jugak sikit-sikit pasal gitar dan masa tu ada sorang minah ni tengah compare gitar mana yang lagi best. Aku pun mencelah secara tiba-tiba, aku cakap “This one is better. I have it. It’s a really good-sounding guitar.” Kata aku sambil menunjukkan isyarat bagus. Then, the rest is history. Dari perkenalan di kedai gitar di tengah bandaraya Tokyo, aku dan minah tu bertukar-tukar nombor. And guess what, dia sebenarnya ada band sendiri. She’s a vocalist of that band, which was an underground band. So nak dijadikan cerita, the next few days later, dia ajak aku ke studio yang dia selalu jamming dengan bandmates dia. Dari situ jugaklah aku berkenalan dengan bandmates dia yang lain dan diorang ajak aku jamming sekali, yang mana secara baik aku tolak. Setelah 2 hari berturut-turut aku ke studio yang sama atas ajakan minah tu, aku akhirnya pasrah kerana dipaksa rela untuk memetik gitar. Aku hanya strumming beberapa lagu yang aku selalu main, dan minah Jepun tu tiba-tiba datang satu idea untuk suruh aku main dalam band dia. Eh? Aku dah nak balik ke tanah air dua hari lagi. Dia pulak cakap nak ajak aku main dekat show bekas kolej dia. This was not part of my backpacking trip man. Aku dah nak balik Malaysia ni. 

Aku dipujuk kaw-kaw dengan bandmates dia. Tapi aku terpaksa cakap aku kena balik Malaysia dah, ada hal penting. Lagipun benda ni macam tiba-tiba je berlaku, aku taknak attached sangat dengan benda-benda macam ni. Tiket balik aku siapa yang nak ganti kalau aku tak balik ikut tarikh. It’s a definite no. Jadi selepas meminta maaf dan berjumpa diorang di salah sebuah cafĂ© untuk kali terakhir sebelum aku berlepas balik, minah tu cakap nak hantar aku ke airport. Aku tahu dia masih nak pujuk aku supaya aku mengubah fikiran. Dia siap cakap nak beli tiket balik aku untuk next week. Tapi no. Tak boleh. Aku dah out of fund kat sini. Aku kena balik jugak. 


......


Friday, December 19, 2014

Dunia dan Keduniaan

Aku cuba embrace satu kehidupan di mana aku tidak memerlukan kebergantungan terhadap dunia materialisme. Seperti manusia lain, aku juga inginkan macam-macam. Tapi sekarang aku cuba untuk melupakan keinginan-keinginan tersebut. Ah, dunia dan keduniaan tidak akan berpisah. Manusia akan terus berjuang berhabis-habisan untuk memiliki dunia ini. Dan aku? Aku memilih untuk tinggal di satu kepompong yang melihat dunia dan keduniaan ini dari pandangan yang berbeza. Adakah perubahan ini kekal atau sementara? Entah, aku tidak mampu memberikan jawapannya. Bukan sekarang, mungkin di masa hadapan. Mungkin juga aku takkan sempat untuk memberi apa-apa jawapan.

Dan aku juga tak perlu ralat pasal wanita. Ahh, wanita. Cakapnya berputar-putar.

Okaylah, straight to the point. Aku sedikit kecewa buat kali kedua dalam masa terdekat. Oh fuck, aku tak perlu give a damn care about this anymore. Fuck. 

But honestly, satu perasaan kurang sedap singgah di dalam hati. Di saat aku melihat dia berdua bersama lelaki lain. Kahkah. Ayat tak boleh blah.

I mean, who the hell am I kan? I am just a fucking stranger. Oh my God, please get that fact into my thick stubborn skull.


Ok next, aku rasa selesa meluahkan sesuatu kepada orang mati. Chris adalah orang yang telah mati. Christopher McCandless. Ala yang dalam cerita Into The Wild tu. Hmm, kadang-kadang aku menjadi obses dengan kematian dan ia membuatkan aku rasa tenang bila memikirkannya. Mungkinkah kematian itu satu perkara yang indah buat aku? Well, probably.