Wednesday, November 27, 2013

Sunday, November 3, 2013

Puisi dalam video ekspedisi ke Gunung Tahan ni best. Climber Indonesia rasanya. Ada sesiapa tahu puisi ni dari filem apa?


Saturday, November 2, 2013

Ekspedisi

Beberapa hari kebelakangan ini, aku menjadi obses terhadap ekspedisi mendaki gunung. Satu minat yang aku rasa akan bercambah menjadi satu obsesi dalam masa beberapa tahun akan datang, jika masa mengizinkan, InsyaAllah. Aku tidaklah mempunyai pengalaman mendaki gunung. Yang ada pun hanyalah satu, iaitu semasa tahun 2003 ketika aku di tingkatan 3. Itu adalah ekspedisi mendaki gunung yang pertama aku sertai - ekspedisi mendaki Gunung Tebu. Ya, sepuluh tahun yang lepas dan selepas itu, tiada lagi aktiviti seumpama itu. Yang ada hanyalah menaiki bukit-bukit kecil di sekitar kampungku.

Bercakap mengenai hobi mendaki gunung, secara automatik kita akan diperkenalkan dengan segala kelengkapan yang diperlukan untuk melunaskan hobi tersebut. Salah satu daripadanya adalah beg mendaki. Orang putih panggil haversack atau backpack. Erm, rasanya aku pernah post dulu pasal backpack ni iaitu dari jenama Karrimor. Well guess what, sekarang aku rasa nak beli Deuter. Specifically Deuter Aircontact PRO 60 + 15. Enam puluh liter tu. Entah macam mana la aku nak pikul beg besar tu atas belakang aku nanti. Tapi kalau pendaki wanita pun boleh pikul sampai ke puncak Gunung Tahan, InsyaAllah dengan latihan yang sesuai tidak akan menjadi satu masalah.

Alang-alang menyebut Gunung Tahan, sememangnya aku mempunyai impian untuk mendakinya satu hari nanti. Gunung Tahan adalah gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia, dan pendakiannya adalah lagi mencabar dari Gunung Kinabalu dan gunung-gunung lain di Malaysia. Paling cepat mengambil masa selama 4 hari dan paling lama 7 hari, bergantung kepada trek yang dipilih. Ada juga yang mengambil masa selama 8 hingga 9 hari, bergantung kepada keadaan cuaca dan kecergasan pendaki.


Aku sudah jatuh cinta sama ini beg. Cantik dan praktikal. Warna biru please.

Looks comfy enough for long trekking.
























Sumber gambar: Google Images dan adiman.net

Friday, November 1, 2013

Suasana

Aku mengantuk, penat dan sakit kepala. Entah kenapa, padahal jam baru menunjukkan pukul 8 malam. Aku membiarkan sahaja laptop dan lampu bilikku terpasang, dan kemudian aku merebahkan diri ke katil. Sambil berbaring memejamkan mata, aku dibawa ke suatu situasi yang tidak asing lagi bagi diriku. Suasana itu telah berulang kali datang tatkala aku sedang bersendiri ingin melayan perasaan. Ia tidaklah aneh bagiku, kerana itu adalah suasana yang aku inginkan, yang aku idamkan sejak sekian lama - satu suasana yang tidak mungkin akan berlaku kerana semuanya telah berubah. 

Kedatangannya tidak diundang. Kadangkala ia akan datang secara tiba-tiba, dan kadangkala dibawah perancanganku sendiri. 

Ia adalah satu suasana kampung pada musim hujan. Namun hujan telah reda. Yang bersisa hanyalah rintik-rintik kecil yang kelihatan di lopak-lopak air di atas jalan, di atas permukaan paya dan kawasan yang rumputnya ditenggelami air. Suasana sedikit berkabus, dengan berlatarbelakangkan bukit menghijau. Padang rumput yang ditenggelami air menarik perhatianku, dan kelihatan beberapa ekor bangau putih sedang mencari-cari makanan di situ. Air paya yang sejuk kelihatan deras mengalir laju menghala ke arah sungai. Aku meniti di atas jambatan kayu berbingkaikan besi yang masih utuh, sambil berpegangan tangan dengannya. 

"Sejuk?"

"Sejuk. Tapi best. Rasa segar. Udara nyaman. Macam dekat Cameron rasanya." Satu senyuman singgah di bibirnya tatkala menuturkan kata seraya matanya membundar bahagia. 

Sweater putih yang dipakainya tampak bersih dan begitu menyerlah di sebalik warna-warna alam - hijau padang rumput dan bukit, biru air paya dan langit dan putih bersih kabus bersama gumpalan awan - latar warna di sebuah kampung di Terengganu sewaktu musim hujan tiba.

"Nampak bangau kat sana?"

Dia menggangguk, matanya tersenyum kagum.

"Macam awak. Sama putih."