Monday, October 28, 2013

Rasa ini agak aneh. Membuatkanku anhedonic. Entah mengapa, saat diserang rasa itu, sebak datang merusuh laju. Tekak menjadi kering, dan seakan ada sesuatu yang sukar ditelan di tenggorokku ini. Nafasku menjadi perlahan, mataku membundar tepat ke satu arah tapi tiada apa yang aku nampak. Skrin komputer seakan menjadi kelam dan pudar dari pandangan. Selintas cahaya deras mencuri perhatianku sewaktu aku memejamkan mata. Tatkala itu jugalah satu dunia kelabu monotonous perlahan-lahan meresap dan menguasai pandangan - dunia kosong tidak berpenghuni, hanya aku dan seribu kekesalan kian menggunung.
 

Penulisan

Aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Aku juga pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang ahli muzik. Ahh, aku andaikan itu hanyalah angan-angan semata-mata. Tiada permulaan yang baik untuk aku kecapi kedua-dua posisi tersebut. Dan aku sememangnya tidak berbakat dalam bidang penulisan mahupun dalam bidang muzik. Dalam bidang muzik, aku sememangnya gemar bermain gitar dan menyanyi seorang diri. Jenis seorang yang suka bersendirian dan melalak secara perlahan mengikut irama lagu. Kadang-kadang terasa sedap secara syok sendiri, dan most of the time memanglah tak sedap. Well, pengetahuan aku dalam permainan gitar agak terbatas kerana aku hanya belajar secara sendiri. Masa rajin berbunyilah gitar, dan bila masa malas tiba, gitar hanyalah tempat mengumpulkan habuk sahaja. Dan hanya lagu-lagu yang sama aku ulang jika aku bermain. Tiada pembaharuan dan pencapaian. Manakala dalam bidang penulisan pula, sememangnya aku gemar menulis pada waktu senggang. Tulislah apa sahaja, cerpen murahan ataupun omelan dari hati. Tiada fixed genre. Oh ya, aku juga pernah berangan untuk menghasilkan satu novel. Tapi aku tidak mempunyai perancangan plot dan storyline terhadap ceritanya. Jadi, memang terkandaslah sampai ke sudah. Bak kata orang putih, if we fail to plan, we plan to fail. Jadi memang cerita tersebut sebuah cerita yang fail.

Untuk menghasilkan sebuah karya penulisan yang baik, tidaklah mudah. Aku tidak banyak membaca, tidak banyak menjelajah pelusuk negara mahupun mempunyai pengalaman yang menakjubkan untuk menjadi bahan penceritaaan dalam tulisanku. Jadi, agak terbatas apa yang dapat aku kongsikan dalam penulisan aku jikalau aku benar-benar mahu menjadi seorang penulis amatur yang serius. Lambakan novel-novel urban kontemporari atau dalam erti bahasa mudahnya, novel indie, sememangnya harus aku akui menjadi pemangkin sedikit sebanyak untuk aku menggilap bakat penulisanku. Eh kejap, bakat? Silap. Bukan bakat, tapi hanyalah omongan kosong di atas kertas mahupun di layar kaya. Jadi apa yang harus aku buat sebenarnya untuk meneruskan kelangsungan hobi menulisku ini, supaya menjadi suatu tulisan yang berkualiti, ada isi dan motif, bukan sekadar curahan aksara yang tidak mempunyai hala tuju?

Aku sudah tahu jawapannya.
Tiada orang yang tak nak kahwin dalam dunia ni. Kalau dia cakap dia tak nak kahwin sebab dia rasa lagi best hidup single dan nampak macam cool, dia tipu. Semua tu tipu semata-mata. Alasan macam tu memang tak boleh dipercayai. Come on lah, manusia mana boleh lawan fitrahnya sendiri. Memang manusia dah diset dan dikod untuk berperasaan dan berkeinginan untuk hidup berpasangan. Jadi kenapa bagi alasan yang tidak masuk akal? Well, tiada alasan yang masuk akal pun untuk seorang yang bujang untuk menyatakan bahawa dia tidak berkeinginan untuk berkahwin.

Jadi, kenapa situasi sedemikian berlaku? Ketahuilah bahawa orang yang memberikan alasan sedemikian sedang dalam in denial. In denial dengan perasaan sendiri kerana terlalu kecewa. All or none response - jika dia gagal, tiada lagi yang kedua untuknya. Itu adalah pemikirannya, yang seharusnya diperbetulkan semula.


Monday, October 14, 2013

Escape To Sanity

I have to write. I have to keep writing to keep me sane and to let myself pour everything that is boiling inside, be it good or not. Grammar-wise, I suck at it and I am willing to learn English again if only I have the time. My grammar sucks but what is more annoying is, I don't even know if I had made any mistake before in my sentences. And not knowing is killing me. It sometimes even turns me off to write in English. Even so, I'll try my best to write and to avoid mistakes. I will try, so yeah, bear with me. 

I don't have any idea what to write about. But I think I have to write something so here I have decided to write about my last holiday. Not really a holiday, but an escape to redefine myself. Eww.

Okay, I did this crazy thing. Bought the flight tickets, and travelled alone from where I am now to in front the gate of my house. All alone. And nobody in my family knew about my plan, not until I was about 30 km from reaching home. At that time, I didn't know what to feel, or how to react. Everything was so well executed and I felt kinda scared that I had made this plan worked so well and hidden from everybody. All I knew was, I had to be honest and tell everybody the truth. That was it. And the rest was history.

And after reaching home, I still hadn't had my sleep. I counted the hours, and it was about 42 hours straight. I didn't know what possessed me that time. I did feel tired, but I just couldn't sleep. Despite the sleepless days I had, 2 days later, I did an epic solo ride of 60 km in a single morning. Well, not really an epic thing to be considered as, but it was a brave ride nonetheless. Yes, I made it to Kerteh on my own. And for the next ride, I plan to make it again but a little bit farther. I have also decided to spend more time to explore the beach there. 

And talking about my new indulgence of fishing, I did make some new catch. Not decent ones but yeah, into the register book nonetheless. I also managed to explore some new areas to fish at.

Oh, I almost forgot to tell, I went to Chemerong. The environment was so beautiful, calming and magnificent, and I made two trips there within 3 days. The first trip was with my old friends, and the second one was with my siblings and my sister's friends. We managed to get the best spot there during both trips - the big flat rock that we used to put our stuffs and place our butts on. Speaking of going early in the morning! 

Yep, I did try fishing there using spoon, spinnerbait and some shrimps but alas, no result. I did feel the bites though. Maybe I will bring smaller hooks next time. Who knows if luck is on my side, I can get some decent-sized mahseer or jungle perch there perhaps. I am going to give it a try again.

Well, that's pretty much of my escape while I was back home. Till the next time of sanity.



Kecewa/Bahagia

Berbicara mengenai kekecewaan tidak akan pernah habis. Begitu juga dengan kebahagiaan. Aku mempunyai dua pilihan, sama ada untuk meneruskan kekecewaan ini ataupun bergerak bersama arus masa, melupakan segala kepedihan yang bersarang dan terus move on with life - menuju bahagia.

Oh. Bahagia.

Secara jujurnya, aku tidak pernah memikirkan lagi mengenai kebahagiaan yang mungkin akan datang. Kalau ada, ada. Kalau tiada, tak mengapa. Aku sudah pasrah. Kekecewaan yang telah lama berakar umbi ini tidak pernah penat menjalar menemani segenap sudut diriku. Kekecewaan yang datang dari kesilapan aku sendiri. Yang membuatkanku menjadi seorang yang sombong akan perancangan Tuhan, dan juga sombong akan kehendak normal seorang manusia bernama lelaki.

Bukannya aku tidak mahu mengecap bahagia, namun aku takut untuk gagal lagi dalam perjalanan yang tidak berkesudahan ini. Aku takut untuk menghadapinya sekali lagi. Aku tidak mampu lagi untuk menyakiti diri orang lain dan diri aku sendiri kelak. Aku kira, kekecewaan, perasaan serba salah dan penyesalan telah menakluki segala alur pemikiranku sehingga membuatkan aku menjadi seorang yang lifeless.

Mungkin juga kerana impian aku terlalu tinggi, dan apabila ia hancur di tangan aku sendiri, aku rasa tiada apa lagi yang perlu aku impikan. Semuanya telah berlalu pergi dan aku tidak mempunyai hati untuk memulakan semula apa yang pernah aku mulakan satu ketika dahulu.

Mungkin juga hati aku hanya untuk satu - untuk satu yang tidak mungkin akan kumiliki. Maka, aku memilih kekecewaan sebagai jalan bahagia aku yang sebenar-benarnya untuk waktu sekarang, dan mungkin juga untuk selama-lamanya.