Friday, June 29, 2012

Cincin

"Hey, we've met before right?"

Aku hanya memandang lelaki tersebut. Muka Melayu, tapi cakap orang putih. Apakah? Lelaki ni nak mengenakan aku ke? Tahu la muka aku ni iras-iras Jennifer Love Hewitt. Tapi agak-agak la kan. Aku pakai baju kurung bertudung litup ni, takkan la aku orang putih pulak. Tambah-tambah lagi aku dekat stesen bas dekat pekan kecil je ni. Bukan tengah KL. Kalau tengah KL boleh jadi la jugak aku ni orang putih. Ah, lelaki ni nak apa sebenarnya? Aku rasa aku tak penah kenal dia.

Aku buat muka berkerut ke arah lelaki tersebut.

"Erm, awak ni Nurul kan?"

Hah, tahu pulak cakap Melayu. Tapi sumpah aku konfius dia ni. Dia ni macam kenal aku atau buat-buat kenal aku? Hmm, nama aku pun dia tahu. Macam mana ni?

"Ye. Saya Nurul. Awak ni siapa ye? Sori saya memang tak ingat."

"Ala awak ni buat-buat lupa pulak. Kan semalam kita keluar makan. Date kita yang pertama."

"Eh? Awak ni siapa?" Aku bertambah hairan dengan jawapan lelaki tersebut. Rasa takut pun ada. Ya lah, bila orang asing tiba-tiba tegur dan mengaku dia adalah teman lelaki. Siapa tak pelik kan? Dan bila masa pula aku ada boyfriend? Last time masa Form 5. Itu pun dah clash lama dulu.

"Awak salah orang ni tak? Saya rasa kita tak pernah berjumpa sebelum ni. Awak dah salah orang ni." Aku mula gelisah sambil memandang sekeliling. Nasib baik ada ramai orang lain lagi di situ.

"Tak la. Awak Nurul yang saya kenal la. Awak ingat tak semalam? Kita ada jumpa kan semalam. Tengok kat jari manis awak tu. Itu saya bagi kan semalam?"

Aku pantas memandang jari manis kiriku. Erk, ada cincin pulak! Cincin apa ni? Aku dah rasa pelik dah ni. Aku kena santau ke semalam dengan mamat yang ada depan aku ni? Aduh. Ini bukan kes main-main lagi ni. Pandanganku tertumpu ke jari manisku itu, tidak berkelip-kelip mataku. Sungguh pelik! Tapi aku yakin aku bukan bermimpi.

"Er, awak ni siapa sebenarnya?" Aku mengangkat muka seraya bertanya.

"Dik, adik nak naik bas ni ke? Bas nak gerak dah tu."

Dengan tidak semena-mena seorang pakcik berada di depanku. Eh, mana lelaki tadi? Mana dia pergi? Mataku melilau mencarinya. Tapi kelibatnya tidak kelihatan. Aku ditinggalkan dalam keadaan kebingungan yang teramat. Siapakah lelaki misteri tadi? Bagaimana cincin ini berada di jari aku? Ya Allah, apakah semua ini?

Cincin itu aku cabut. Ada satu permata di atasnya. Aku merenung lama-lama cincin tersebut. Permatanya berkilau disimbahi cahaya matahari. Cantik.

2.30 petang. Bas berhenti di perhentian. Aku tersedar dari lena. Cincin tersebut masih dalam genggaman aku. Dari dalam bas, aku nampak kakakku berdiri di luar menungguku. Aku tersenyum. Ada sesuatu yang akan aku ceritakan kepadanya nanti. Cincin misteri itu aku tatap untuk kali terakhir dan aku tinggalkannya di atas tempat dudukku.


Friday, June 22, 2012

Ah, terbeli kasut lagi. Hidup ada kad swipe3 ni bahaya sungguh. Sebelum gi tengok wayang semalam termasuk pulak kedai Nike. Aku ni dah la lemah semangat kalau tengok sneakers comel2 ni.