Tuesday, January 31, 2012

Suatu Petang

Laptopnya dimatikan. Majalah-majalah disusun rapi di atas katil. Suis kipas bilik ditutup dan pintu bilik dikuak perlahan. Tingkap-tingkap dibuka dan angin menyerbu perlahan ke dalam bilik. Sedikit nyaman. Sedikit lega dan tidak menyesakkan. Telefon bimbit, wallet dan jam tangan dicapai. Kunci kereta dirabanya di dalam poket seluar. Masih di situ sejak kepulangannya dari kedai buku tadi.

Kereta dipandu perlahan, menyusuri lorong bertar kecil yang terus menghala ke jalan pantai. Cuaca petang amat baik. Cerah. Kepulan-kepulan awan bergumpalan di langit membiru. Dia hanya memandu perlahan sambil memasang radio. Entah ke mana arahnya pada petang itu tidaklah pasti. Dia hanya ingin lari sebentar dari kamarnya yang sunyi. Petang masih lagi awal. Masih banyak masanya untuk bersiar-siar dan menghabiskan masa.

"Kalaulah...Hmm..."

Dia mengeluh perlahan, seperti ada sesuatu yang dihajatkan tetapi tidak kesampaian.

Dia memberhentikan keretanya sebaik sahaja melepasi sebuah pondok berehat di tepi pantai. Enjin dimatikan lalu dia melangkah keluar. Angin sepoi-sepoi meniup rambutnya yang sedikit panjang dari kebiasaan. Dia sendiri lupa entah berapa lama rambutnya tidak dipotong. Dia kembali menyisir rambutnya dan berjalan ke arah pantai.

"Kalaulah..."

Dia melabuhkan punggung duduk di atas pasir pantai yang halus. Sambil melihat-lihat
sekeliling. Tiada orang. Tiada siapa-siapa.

"Petang masih awal." Fikirnya sendiri.

Dia menyeluk poket mengambil telefon bimbit, lalu satu-persatu mesej dibukanya. Serta-merta dirinya terasa lemah. Lemah dan lesu. Sebak menguasai diri. Matanya berkaca-kaca. Dia rindu. Terlalu rindu akan masa lalu.

"Kalaulah...Kalaulah..." Dia terlalu sebak sehingga tidak dapat meneruskan kata-kata.
Ditahannya air mata dari jatuh. Ditahan dadanya dari sebak yang tak kenal erti kasihan.

Ombak menderu memukul pantai. Buih-buih putih menjadi perhiasan di gigi air tidak diendahkannya. Dia tenggelam di dalam rasa yang tidak diundang itu. Dia hanyut, lemas sendiri dalam laut rindu yang menggulung dalam dirinya. Petang itu menyaksikan dia menjadi mangsa dalam rindu yang tidak berkesudahan.

Kedua-dua matanya dikesat. Diraup wajahnya perlahan-lahan. Telefon bimbit disimpan lalu dia mengarahkan dirinya ke kereta. Di dalam kereta, dia hanya memejamkan mata sambil tangannya kemas memegang stereng.

Terjahan memori bertalu-talu singgah di benaknya. Memori pahit-manis.

Mata dibuka dan apa yang ada dihadapannya adalah jalan pantai yang lurus ditemani barisan pokok rhu dan kelapa. Saki-baki memori masih lagi membayangi, menyesakkan. Dia melepaskan satu keluhan. Keluhan untuk mencari sedikit kekuatan untuk menghadapi detik seterusnya.

Enjin kereta dihidupkan dan kereta meluru ke jalanraya. Petang yang sedih itu ditinggalkannya dengan seribu rasa.

Saturday, January 28, 2012

Luna Sea - I For You


English translation:

You can't truly love anyone
All of your surroundings made you shiver
That's when I met you
And finally, I know why

If the two of us met to hurt each other, that makes me sad

From my heart, I want to tell you
I just want to see the real you

You still have that smile on your face
Because you can still see the sadness
I was born to meet you, can I change you?

From my heart, I want to tell you
You've been hurt, but don't give up
From my heart, I love you

I want to wash away the pain that falls upon you....All of it.

I for you

From my heart, I want to tell you
If I can see your smile forever...
From my heart, I love you

I want to take away those tears, all of them...I for you

Thursday, January 19, 2012

Larut

Biarkan aku larut
dalam kepekatan dan kegelapan malam
biarkan kedinginan membalut serata batang tubuhku
biarkan embun pagi membasahi diriku
membekukan hati yang kian mati
dibelasahi rindu dan sepi.

Di sebalik pepohon lewat malam
tinggalkan aku sendirian di sini
menangisi pemergian secebis memori
biarkan aku terus larut
ditelan kabus pekat dinihari
semoga tenang hatiku terus bersemadi
meninggalkan realiti dan hakikat insani.


Tuesday, January 17, 2012

Coke Strangeness

I know there is something wrong with me these days. I am now addicted to Coke. I never liked Coke this much before. I never knew that Coke was this sweet. I never tasted a good Coke than before. But this time, it is just so strange that I ask for Coke almost for everyday. I crave for it, I want it. It is just strange and not so me.


Saturday, January 14, 2012

NGE Again

Looking back at how I discovered and get lost in it really made me smile. It's instrumentals are just the best. Perfect.

This is again, reposted, but who cares. It's just so beautiful. No wonder it tops my iTunes most played songs list. 


 

Wednesday, January 11, 2012

Daft Punk - Make Love

Now this song is something...It reminds me of her...Ahh, sounds so dirty isn't it? Haha. No, no. Not in that way, or in any way associated with the title of this song. It just crossed my mind, in a very weird way. It makes me think of her in an instant. Don't ask me why. I don't have the answer.