Monday, November 21, 2011

Gadis Misteri

Jam sudah menunjukkan pukul 9.35 malam. Bas yang aku tunggu masih lagi belum kelihatan. Sepatutnya 10 minit sebelum 9.30 malam dah sampai, biasanya. Tapi pada malam ini, sedikit lewat barangkali. Aku meneguk air kotak Milo yang dibeli sebentar tadi sebaik sahaja sampai di perhentian bas itu. Malam ini tidak ramai orang yang menaiki bas. Kurang dari dua puluh orang dapat kulihat berlegaran di sekitar kawasan itu. Ada yang duduk dan ada yang sekadar selesa berdiri.

9.43 malam.

Bas tiba. Perjalanan aku pada malam ini akan mengambil masa sekitar 6 jam. Perjalanan ke Selatan Semenanjung. Sudah banyak kali aku menaiki bas seorang diri. Hanya berbekalkan sebuah beg pakaian dan beg galas. Lumrah kehidupan seorang pelajar yang merantau ke luar.

Aku melangkah ke dalam bas yang datang dari Kuala Terengganu. Destinasiku adalah Seremban. Perjalanan malam tidaklah begitu menarik. Tiada apa-apa yang dapat dilakukan selain mendengar lagu dan tidur yang tidak berapa nyenyak di dalam bas. Aku mengambil tempat dudukku di tengah bas. Hampir penuh juga satu bas pada malam itu aku lihat. Hanya beberapa tempat duduk yang kosong tidak berisi. Tempat dudukku bersebelahan dengan seorang gadis. Dalam perkiraanku dia mungkin seorang pelajar juga, lewat belasan umurnya barangkali - sama seperti aku. Sewaktu aku tiba di dalam bas tersebut, gadis di sebelahku ini masih lagi tidur, berpaling ke arah tingkap bas. In fact, ramai penumpang yang telah tidur walaupun waktu masih lagi awal. Penumpang dari Kuala Terengganu mungkin.

Aku mengambil sweater di dalam beg galasku. Sejuk. Hawa aircond bas begitu mendinginkan. Aku tidak dapat melelapkan mata. Hanya memandang ke luar bas sekali-sekala. Memerhatikan lampu-lampu neon dan suasana malam yang aku lalui malam itu. Tiada apa yang benar-benar menarik. Pemain mp3 sudah lama aku tutup. Hanya deruman enjin bas yang kedengaran di telingaku.

11.45 malam.

Bas memasuki bandar Kuantan untuk mengambil penumpang. Hanya 3 orang yang naik. Bas hanya berhenti selama 10 minit, seperti yang diberitahu pemandu. Aku terasa lapar dan terus keluar ke gerai yang terletak di tingkat atas stesen bas. Tidak ramai penumpang yang turun. Ramai hanya memilih untuk terus lena dalam buaian mimpi masing-masing. Sedikit roti dan air kotak aku habiskan sewaktu perhentian tersebut. Cukup untuk menghilangkan lapar seketika. Selepas ini boleh aku tidur sahaja. Kerana perjalanan akan menjadi sangat bosan, hanya ditemani ladang kelapa sawit dan kawasan yang tidak berpenghuni. Lagipun hari telah larut malam.

Aku kembali masuk ke dalam bas. Tempat sebelahku kosong. Gadis di sebelahku turut serta turun. Ke gerai makan, atau ke tandas barangkali. Ah, tidak kisahlah. Yang penting aku mahu tidur dengan cepat dan lena selepas ini.

12.00 malam tepat.

Kelindan memerhatikan keadaan di dalam bas. Semua tempat duduk telah terisi. Kecuali di sebelah aku. Ya. Tempat gadis itu.  

Ish, mana pulak dia pergi ni. Lama benar.

"Ni sorang lagi gi mmane?" Kelindan bas menyoal sambil memandang aku.

"Dok tahu lah. Takdi ade..." Aku membalas sambil menjungkitkan bahu.

Tiba-tiba terdetik satu idea.

"Bang, saye gi turung cari sekejak."

Makanya pada malam itu aku kembali ke tingkat atas stesen bas Kuantan mencari seorang gadis yang aku sendiri tidak cam mukanya. Tadi dalam samar-samar sahaja, manalah aku perasan rupa dia macam mana. Tidur pun menghadap tingkap. Ish, macam mana ni? Aku kalut sendirian. Aku mengintai di segenap pelusuk tingkat atas. Tiada. Kalau ada sekalipun, bukannya aku kenal.

Tiba-tiba kelihatan seorang gadis bersweater terkocoh-kocoh sedang menuju ke arahku. Ah, inilah orangnya kot.

"Bas dah gerak ke?" soalnya, kalut.

"Dah nak gerak. Jom."

"Toilet takde air la tadi. Saya curi-curi masuk tandas lelaki. Tunggu takde orang dulu. Tu yang lama sikit tu." Gadis tersebut mula menerangkan perihal kelewatannya tanpa aku soal.

"Oo..Okay." Beraninya kau masuk tandas lelaki. Tapi terdesak. Nak buat macam mana.

..................

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku terjaga dari tidur. Aku menjeling ke sebelah. Eh, tak tidur lagi ke? Ah, dia ni dah puas tidur gamaknya. Saat itu juga dia berkalih, matanya bertembung dengan mataku dalam samar kegelapan itu. Senyuman kami saling bertukar. Dia kembali berkalih dan berpaling ke luar tingkap, melontarkan pandangan jauh ke luar kegelapan jalan. Aku pun kembali memejamkan mata. Melayan perasaan yang aku sendiri tidak tahu apa yang patut aku layankan.

Tepat 5.30 pagi bas memasuki kawasan stesen bas Terminal One, Seremban. Hampir semua penumpang telah terjaga. Aku bingkas bangun, mengambil beg galas dan terus ke perut bas untuk mendapatkan beg pakaian pula. Gadis di sebelahku tadi turut berbuat begitu, dan kemudiannya datang merapatiku.

"Terima kasih. Sebab tadi. Kalau tak, terlepas bas la saya." Sambil tersenyum gadis tersebut berterima kasih kepadaku.

"Oh, sama-sama. Takde apa lah." Aku membalas senyumannya.

"Saya minta diri dulu ye. Thanks again."

Aku memerhatikan gadis itu berjalan ke arah sebuah kereta yang tiba menjemputnya. Ayahnya barangkali.

Aku pula hanya mendapatkan teksi untuk ke stesen komuter pada pagi itu. Aku ingin ke Bangi dahulu, ke rumah saudaraku. Cuti masih lagi berbaki 3 hari.

Setelah mendapatkan teksi, aku hanya kembali merehatkan diri di dalam. Masih lagi mengantuk. Pagi pun masih awal. Aku kembali membuka beg galas untuk mengambil mp3.

Eh, buku apa pulak ni?

Buku tebal berkulit biru gelap seakan-akan diari aku ambil dan tilik.

Ini bukan buku aku. Buku siapa pulak?

Ingatanku segera melayang kepada gadis di dalam bas sebentar tadi. Aku membelek-belek buku tersebut dan sekeping kertas kecil berwarna merah jambu terjatuh. Aku membacanya dengan teliti. Berkali-kali. Seakan-akan tidak percaya akan apa yang aku telah baca. Aku tampar-tampar pipi perlahan. Sakit. Sah, aku tidak bermimpi.

Dalam kesakitan menampar pipi sendiri, aku tersenyum lebar di kerusi belakang teksi pada awal pagi itu. Buku biru itu terus aku belek dan baca isinya. Senyumku tidak berhenti.

Ah, hari ini bermula dengan sangat indah...



kayuhan malam

i miss that so much. though i was a little bit scared since it was a total darkness with no road lamps or anything with lights at that short path. it was 12.30 am. and i was supposed to sleep at school during some kind of camp which i didn't join. i just was one of the 'visitors' at that school organized camp. i wanted to sleep at school initially but one of the teachers didn't allow me to do so. so i went back with haazim. both of us were riding in the middle of the night. i still remember haazim shouted to the sleeping 'pak guard' of Dungun library while we passed in front, just to wake him from sleep.

right now, i mean now in 2011, i wonder if any of us still do the cycling thing. i guess no. everybody has their own bikes and cars.

in dungun my hometown, i haven't got any of motorized vehicle. what i got is a bicycle. which i like so much. coz i love cycling. ah, really miss that.

december, please come fast. i want to go back and cycle like crazy. yeah, like crazy. pain from cycling is satisfaction. lance, you have somehow inspired me.

Wednesday, November 16, 2011

Rabu Tanpa Kata


dilema muzika milenia

pernah tak engkau rasa bersalah bila memuat turun sesuatu lagu atau filem dari internet?
dan lagu/filem itu adalah yang engkau suka/minat.
tapi pada masa yang sama, adakah engkau sedar yang engkau sebenarnya telah membunuh mereka. engkau telah mencuri hak mereka, hasil titik peluh mereka berkarya...adakah engkau sedar? 

engkau mengambilnya semua dengan percuma. tanpa sesen bayaran. hanyalah bil elektrik dan internet yang engkau bayarkan. selebihnya engkau ceduk puas-puas.

apa yang engkau rasa?

apa yang engkau rasa jikalau engkau adalah artis-artis yang haknya dicuri?

apa yang engkau rasa?