Friday, August 5, 2011

Cekodok Pisang, Teh & ...

Angin Laut China Selatan bertiup lembut. Kelihatan beberapa kanak-kanak sedang mandi-manda di kejauhan. Ombak-ombak kecil memukul pantai yang putih bersih itu. Bunyi kenderaan dari jalan berhampiran kedengaran sayup-sayup. Suasana begitu tenang dan tidak hiruk-pikuk seperti di kota. Aku sukakan ketenangan sebegini. Ketenangan yang indah dan mendamaikan.  Di pangkin belakang rumah nenekku, aku termangu dan termenung sendirian sambil kadang-kadang tersenyum sendiri. Merenung dalam-dalam pantai yang terbentang luas itu. Hmm, aku selalu di sini ketika dahulu melayan perasaan. Ketika zaman muda remaja dulu-dulu. Heh, biasalah remaja yang sering diulit masalah kehidupan. Mesti akan  mencari satu tempat untuk menenangkan hati yang gundah bukan? Hehe. Namun kini, semuanya sudah berubah.Aku tidak lagi risau sendiri memikirkan perkara yang lepas. Semua kegagalanku dalam perjalanan kehidupan ini telah ditebus. Semua yang aku mimpikan telah menjadi suatu yang nyata. Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah atas kurniaan ini. 

Aku mengerling ke arah jam tanganku. Sudah pukul 5.15 petang dan sudah beberapa ketika jugalah aku berseorangan di situ. Aku sendiri pun tidak pasti. Apa yang aku pasti, aku merindui saat ini. Sudah lama aku tidak menghabiskan masa tanpa membuat apa-apa di atas pangkin ini. Angin masih lagi berpuput perlahan. Matahari masih lagi memancar di sebalik pohon-pohon kelapa. Aku hanyut seketika di dalam suasana itu. Tenang.

Aku membuang pandanganku ke arah sebuah kapal layar yang memutih di kejauhan horizon. Aku cuba untuk mengamati, kerana ia adalah satu pemandangan yang jarang aku lihat. Kebiasaannya bot-bot nelayan sahaja. Di dalam keasyikanku memerhatikan kapal layar tersebut, aku terdengar derapan tapak kaki yang semakin menghampiri dari belakangku. Aku berpaling. Dan tersenyum.

Dia membalas senyumanku, sambil berjalan menghampiri pangkin. Di tangannya kelihatan dulang berisi seteko air teh panas dan piring yang berisi makanan kegemaranku di waktu petang. Cekodok pisang! Sambil membetulkan dudukku, aku perasan yang dia kelihatan agak berbeza dari biasa. 

“Dari mana pula dia dapat kain batik ni? Ini mesti pakai sebab malu dengan nenekku. Atau dia memang betul-betul sudah jatuh cinta dengan kain batik?” Getus hatiku sendirian.  Apa-apapun, dia kelihatan manis begitu. Persis gadis kampung sejati. Aku hanya tersenyum memikirkan soal itu. 

Dia melabuhkan punggung di sebelahku di pangkin itu. Hanya teh panas dan cekodok pisang yang memisahkan jarak kami berdua. Tanpa bicara, dia menuangkan teh panas ke dalam dua cawan yang dibawanya tadi. Aku hanya memerhati, lalu membuka bicara.

“Hmm, pandai Sha cari Abang. Mana Sha tahu Abang kat sini?”

Dia hanya tersenyum sambil menuangkan teh ke dalam cawannya.

“Nenek cakap Abang kat sini. Cari atas rumah Abang tak ada.”

“Oh Sha cari Abang ke?” aku bertanya. Sengaja mahu mengusik.

“Eh taklah. Mak yang cari Abang tadi.” Dia menjawab perlahan. 

“Ye ke..Habis tu kenapa dengan teh sekali ni?” Aku mengusik sambil tersenyum nakal.

“Erm..Mak..erm..”

Yes? Mak. Kenapa dengan Mak?” Aku memintas sebelum sempat dia menghabiskan ayat. 

“Tak ada apa-apa. Makanlah cekodok tu. Nanti sejuk tak sedap.” Dia mengelak dari membalas persoalan nakalku. Hehe. Jahat betul aku ni. Ada-ada saja nak mengusik. Aku menjamah cekodok pisang yang masih panas itu. Sedap. Manis dan rangup. Dia turut menjamah sekali. 

“Hmm sedap. Awak buat Sha?”

“Ah ah. Tadi. Masa Abang hilang.”

“Ooo..Sedap sedap. Pandai Sha buat. Nanti boleh buatkan lagi. Abang suka.” Aku memuji. Tapi memang sedap sungguh cekodok tu. Rasa iras-iras macam nenek yang buat.

“Hehe. Nanti Sha buatkan hari-hari pagi petang siang malam cekodok pisang je kat Abang, boleh?”

“Amboi…mentang-mentang cekodok ni Abang kata sedap, nak Abang makan cekodok hari-hari ye? Nakal ni…”

Dia tergelak. Aku pun turut sama.
Air teh aku hirup sambil mengerling ke arahnya. Ke arah kain batik yang dipakainya. 

“Sha, mana awak dapat kain batik ni? Hari tu dalam beg tak ada pun Abang nampak.”

“Hehe. Mak punya. Sha pinjam. Mak cakap ambil je. Mak ada banyak.” Dia tersengih.

“Hai, sejak bila anak dara ni suka pakai kain batik ni? Eh, silap silap. Bukan anak dara dah.” Aku tergelak besar dengan ayatku sendiri itu.

“Ish, Abang ni..Nak kena ni.” Dia menahan malu, kedua-dua pipinya kemerahan. Namun senyuman masih terukir di wajahnya. Dan dengan tidak semena-mena lenganku  dicubit.  Aku mengaduh manja sambil gelakku masih bersisa. 

“Ooo…sekarang dah pandai main cubit-cubit ye. Sakit pulak tu. Tapi tak apa, lepas cubit Abang akan dapat apa? Dapat apa haa? Abang dah lupa la. Sha? Abang akan dapat apa lepas cubit?” Aku tergelak lagi. Aku perhatikan mukanya semakin merah padam. Dia geram sambil menahan dari turut tergelak sama. 

“Tak dapat apa-apa. Tak ada apa-apa. Tak ada.” Dia menjawab laju-laju sambil perlahan mengunyah cekodok. Aku masih tergelak kecil dengan reaksinya itu. Hmm, seronok betul dapat usik dia ni. Tapi aku jugak dapat sakit kena cubit. Padan muka aku. Siapa suruh usik kan?

“Hmm…Sha…Tak sangka kan…?” Aku kembali menyambung bicara. 

“Hmm ye. Apa? Tak sangka apa Bang?” Sha menatapku. Barangkali terkejut dengan kenyataan berbaur pertanyaan yang aku ucapkan itu.

“Kita.” Aku menjawab sepatah sambil tersenyum.

“Ye, kita. Kenapa dengan kita Bang?” 

Aku tidak berhenti tersenyum. Pertanyaannya itu membuatkan senyumanku semakin lebar. 

“Kita la Sha. Awak ni dulu bukan main susah, kan?” Aku mencubit lembut pipinya. 

Sha cuba menepis perlahan tapi aku teruskan juga. Lantak. Aku tak kisah. Aku dalam kawasan rumah nenek. Bukan ada siapa-siapa pun nampak. Hanya laut dan awan yang terbentang luas saja yang menjadi saksi. 

“Hmm, Abang tak sangka Sha akan terima jugak Abang ye?” Soal Sha sambil tersenyum.

“Memang Abang tak sangka. Ye lah, Sha ni lain dari yang lain. Susahnya Tuhan je yang tahu tau. Tapi sekarang Abang dah ada Sha.” 

Sha kelihatan malu-malu tatkala mendengar tutur kataku itu. Aku berasa cukup gembira dan bahagia. Tangan Sha aku sentuh. Jari-jemarinya yang halus masih merah berinai.  Aku memandang Sha. Sha tunduk tidak berkata apa-apa. Dia masih malu-malu denganku. Pemalu jugak Sha ni rupanya. 

“Sha, kita nak berapa orang anak?” 

Aku memandang ke arah beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di gigi air sambil aku sendiri tidak pasti dengan pertanyaanku itu – samada gurauan atau serius. 

“Hmm? Sha..Erm Sha..Sha tak tahu Bang.”

“Lima OK?” Aku pantas membalas.

“Erm, Sha nak diskaun. Tiga boleh?” Jawab Sha sambil tersengih menampakkan deretan giginya.

“Ooo… Ada diskaun pulak ye. Hehe. Kenapa tiga? Kenapa bukan lima?” 

“Ish Abang ni..Topik lain la..Itu jugak yang nak ditanya. Kang orang lain dengar nanti kang. Malu lah...”

“Sha…Sha…Malu benar awak ni. Kelakarlah. Mana ada orang dengar. Lagipun kita dua je kat sini. Hmm Sha, awak nak mandi tak? Jom mandi sama-sama.” 

“Haa? Mandi sama-sama apanya Bang?” Sha deras-deras bertanya sambil mengerutkan dahi.

“Mandi la…Mandi pantai, nak? Jom...” Aku begitu terliur melihat air laut yang tenang. Tidak banyak berombak. Lagipun aku sudah lama tidak mandi laut.

“Laa mandi pantai ke..Boleh jugak. Nakkk…”

“Tapi sebelum tu Sha kena bayar hutang Sha kat Abang dulu. Sha tak bayar lagi. Abang nak Sha bayar sekarang jugak. Kat sini jugak.” Aku berkata sambil tersengih.

“Haa? Hutang apa ni Bang. Takde takde. Sha takde hutang apa-apa pun.” Sha kelihatan kaget. Seperti sudah mengetahui apa yang bermain di dalam fikiranku. Hehe. Aku memang nakal kalau bab-bab macam ni. 

“Tadi Sha cubit Abang kan. Sakit tau. Abang nak Sha buat apa yang kita pernah deal dulu. Hehe. Lepas Sha cubit Sha cakap nak kiss kan kat tempat Sha cubit tu? Boleh kan, Sayang?” Aku sengaja menggunakan panggilan ‘Sayang’ itu. Aku suka lihat Sha kaget sebegitu apabila diusik manja. Merah padam lagi mukanya. 

“Err..Abang ni..Nanti-nantilah. Abang ni mengada tau. ” 

Sha membuat muka masam. Menahan malu yang entah kali keberapa. Aku kalau mengusik Sha memang nombor satu.

“OK, nanti tau. Abang claim malam karang ye. Jangan buat-buat lupa. Kalau Sha buat-buat lupa, siap la awak Sha.” Aku cuba mengugut Sha. Ingin melihat reaksinya.

“Kalau Sha buat-buat lupa Abang nak buat apa?” Sha memberanikan diri bertanya. 

“Kalau Sha buat-buat lupa Abang nak buat macam ni.” Kataku seraya mendekati  lalu mencium pipinya yang mulus itu. 

Sha terkejut dengan tindakanku itu lantas menolakku perlahan.

“Abang, jangan laa..Orang tengok nanti. Malu lah…Abang nii…” Sha berkata lembut lalu menjarakkan diri denganku dan bingkas bangun. Sha memandang ke arah rumah nenekku sambil mengangkat dulang teh dan cekodok.

“Sha nak angkat ni masuk rumah kejap.”

Aku hanya tersenyum melihat Sha. Tapi bimbang juga dalam hati kalau-kalau ada sesiapa yang nampak tadi. Tapi nak buat macam mana. Aku dah geram dengan Sha tadi. Siapa suruh dia cubit aku, lepas tu minta bertangguh bila aku tuntut pampasan. Hehe. Aku memang begini. Perangaiku semasa muda yang satu ni masih lagi kekal. Nakal tak sudah-sudah.

Aku menyuruh Sha duduk kembali.  Sha kembali meletakkan dulang ke atas pangkin. 

“Takpe Sha, lepas mandi je awak angkat nanti. Jom kita mandi dulu. Nanti kang hari gelap pulak.” kataku sambil mengambil cekodok dan menghabiskan hirupan teh yang terakhir. 

Sha hanya menurut. Aku merapati Sha dan menggenggam tangannya. Kami berdua berjalan ke arah pantai beriringan sambil berpimpin tangan. Deruan ombak semakin jelas kedengaran saat kami menghampiri pantai. Anak-anak kecil masih ralit bermain ombak di kejauhan. Aku dan Sha melayan perasaan masing-masing sambil beriringan sementara sampai ke gigi air. Tiba-tiba Sha berhenti. Dia memandang ke arah rumah nenekku dan sekeliling. Aku turut sama berbuat demikian. Tiada kelibat orang lain kelihatan melainkan anak-anak kecil di kejauhan. Dengan secara tiba-tiba, sesuatu hinggap di pipi kananku, dan di lenganku juga. Sha menghadiahkanku satu ciuman dan juga satu cubitan. Aku terkejut dan memandangnya. Dia hanya tersengih nakal.

“Haa kenapa? Terkejut ke? Hehehe. Ingat awak sorang je ke boleh nakal-nakal? Sha pun boleh la Abang...” 

Sha tersenyum girang menampakkan lesung pipitnya.

Aku seakan tidak percaya dengan apa yang Sha telah lakukan. Adakah aku bermimpi? Tidak mungkin. Tidak mungkin. Sha mencium aku?  Ye, Sha telah mencium aku sebentar tadi. 

“Awak ni nakal jugak kan Sha?” 

“Eleh, dia tu lagi la nakal.” katanya sambil mengeluarkan lidah menjelir ke arahku sambil berlari ke gigi air. Aku mengejarnya.  

 “Siap kau Sha. Nanti aku dapat tangkap tahulah aku kerjakan kau Sha.” Aku berkata di dalam hati. Geram. Rupanya bini aku tu pandai juga bernakal-nakal rupanya. 

Aku berlari-lari anak ke arah Sha yang telah berada di dalam air. Cubitannya tadi masih terasa dan akan aku balas. Namun, disebalik rasa geram itu, aku berasa begitu bahagia sekali bersama Sha. Dialah permaisuri hatiku. Hari-hariku indah bersamanya. Sha, seorang wanita yang selalu membuatkanku tersenyum. Hatiku puas dan hari-hariku berlalu dengan penuh kebahagiaan. Hidupku sekarang lebih sempurna dan bererti bersama seorang insan yang telah bergelar isteriku itu. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi dengan hadirnya Sha dalam hidupku. Terima kasih Sha, my love.

~Tamat~

-------------------------------------

Author's note: Reading back this short piece of story really made me smile and at the same time blushed...Gosh, is this what I wrote? Is this lovey-dovey sweet romantic story produced by me? I must have been really super saturated with love-in-the-air mood at that time...Hahaha:p

Thursday, August 4, 2011

Crush

Wandering around in Facebook, I accidentally saw her update status. It has been a very very long time I have never seen her coming alive in that social networking site. A New Zealand-based student right now she is, preparing to become a teacher. She has been absent from my Facebook's home status for a period of time I do not know, but obviously a time long enough that makes me forget that I have her as a friend, that studied at the same place as mine, that I have known a few years ago. Well, when I saw her status last night, it made me reminisce back the old college times. I still remember that I have spied and stalked her during those times, and I openly let this one boy - a close friend of mine, know that I had interest in her - though I never admitted that. But actions speak louder than words, right?

Yes, last night. It came to a point where it made me remember, that I'd had interest in her before. An affection. A crush. The very first crush ever.

But as I said, she was just a crush. There was nothing more involved I tell you. Remembering those college moments really made me smile, of how a young adult's life started out.