Thursday, June 30, 2011

Surat yang baru diterimanya dibaca berkali-kali.
Ada satu perasaan yang singgah di hatinya. 

Sayu.

Dia tidak mampu untuk berkata-kata.
Hanya mengetap bibir menahan esakan. 
Air mata mula bergenang di kelopak,
lalu menjurai membasahi pipi.

Tiada apa lagi yang mampu dikatakannya.  
Kandungan selembar kertas putih bertulisan biru itu
benar-benar menyentuh perasaan seorang wanita sepertinya.

Insan yang pernah singgah dalam diari hidupnya itu telah tiada. 
Buat selama-lamanya.
Hm lagu ni dah lama saya dengar...
First time dengar takde la rasa best pun...
Lama-lama dengar, cam suka la pulak...

Dengar first time dalam kereta pakcik...
Dia pasang video clip lagu ni...
Masa tu saya dengan pakcik on the way ke Dungun dari airport Kuala Terengganu...
Dia pun pasang la lagu ni...
Tak sangka dia pun minat lagu-lagu Alleycats...
Kalau la saya lahir satu zaman ngan pakcik-pakcik saya, sure saya dah leh share story ngan diorang...
Terutamanya minat dan kisah-kisah kehidupan diorang...Like kisah-kisah cinta perhaps..
:p


Monday, June 27, 2011

Tak sangka lagu kat YouTube hari tu membuatkan aku tertanya-tanya akan ceritanya.
So, I am now downloading Neon Genesis Evangelion...
Ada 24 episod semuanya. 
Tak sabar nak tengok. Hehe.



Saturday, June 25, 2011

A slow soundtrack...
I don't understand what it says coz it's in Japanese, but I do like it.
Somehow this song reminds me of the meadow, with me lying on the grass and staring to the blue sky above...Watching the clouds move and enjoying the cool soothing breeze blows all over me...


Thursday, June 23, 2011

Definitely the best cover on YouTube for "Fly Me To The Moon".
Singer and guitarist are unknown though, sadly.
Totally outstanding playing and singing. I am so jealous with that guitar girl. Awesome playing.


Monday, June 20, 2011

Sunday, June 19, 2011

Impian Yang Sangat ...

Hmm, dari semalam dah masuk blog ni nak tulis something tapi tak tahu nak tulis apa...
Rasa nak post gambar pun ada tapi tak pasti gambar apa...
Jadi, saya pun tanyalah Ayin...dan dia bagi cadangan. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Sambung cerita Sha yang terbengkalai dah beberapa abad.
2. Tulis pasal impian saya.
3. Letak kata-kata pujangga yang best.

And...saya pilih yang nombor 2 tu...Impian...:p


Hmm bercakap pasal impian, honestly saya tak ada lah fikir spesifik lagi apa impian saya tu. Cuma apa yang saya boleh cakap adalah...Saya mahukan kehidupan yang lebih baik, matang, well-organized dan menjadi seorang insan yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga kepada agama tentunya.

Bunyi klisé sangat kan? Hehe biasalah impian secara umumnya macam tu lah for me. It is closely related to my future career and also to the people around me like you, you and YOU:p
It's about settling down with a job, a person to start a family with and also a place to live. Very basic thing. And what extends beyond that will be added later, depending on what's available and achievable e.g like a decent-looking resort-styled wooden house by a beachside, complete with a sportscar and et cetera...Haha nice imagination. Nanti saya tulis pasal imaginasi saya pulak ye Ayin:p

Itu je la Ayin yang saya dapat tulis buat masa ni sebab perut saya tengah berkeroncong berzapin berulek mayang dan bermacam-macam lagi lah sebab lapar macam kucing tak makan seharian:p

Will meet you later Dearie...Bye;)

Friday, June 17, 2011

I never knew SCTS that well. First time saw them on 2003, or earlier than that? I don't remember. But surely they are a great Malay indie band. The very first song that I heard from them was Faith. Good video clip, good sound. Last night I dig another song from SCTS, it's called Lucky You. Lucky You is also one of my favorites from Deftones. But of course it's a different song from what SCTS has. Have you ever heard of it? I was introduced to that Deftones' Lucky You about 8-9 years ago. Also a good song. Hauntingly beautiful I would say.

So here is Faith from SCTS.


And this is Lucky You

Saturday, June 11, 2011

Prolog Untuk Sebuah Bass

Gitar bass Fender Precision berwarna hitam itu dipetiknya sepuas hati. Gorengan bass tanpa diiringi rhythm guitar sudah menjadi kebiasaannya sejak dia mula-mula meminati bermain bass secara solo. Habis satu lagu, lagu lain pula yang dimainkannya. Dahulu dia merasakan bahawa pemain bass itu tidak menonjol, low-profile, ataupun hanya sekadar pelengkap sebuah music band, namun baru sekarang dia sedar. Pemain bass itu sangat cool. Ada style. Dalam kelas tersendiri. Sangat-sangat dihormati dan dikagumi. Kerana tidak semua orang minat untuk bermain bass. Tanggapan orang adalah bass itu membosankan dan bass tidak boleh berdiri sendiri. Namun mereka yang berfikiran begitu silap. Tidak lengkap sebuah kumpulan muzik tanpa diiringi oleh seorang bassist. Basslah yang memberikan melodi kepada sesebuah lagu.

Bass yang baru sahaja dibelinya itu cukup memuaskan. Dengungannya begitu mengasyikkan. Bisa membuatkan para pemuja bass memuji dan lena di dalam sedar. Ditiliknya inci demi inci bass kesayangannya itu. Segenap tubuh bass itu disentuhinya dengan lembut dan berhati-hati dan kesempurnaan hasil seni dari luthier terhandal itu dihargainya. Dia tersenyum puas.

Thursday, June 2, 2011

Cekodok Pisang, Teh & ... (Sambungan Bahagian 2)

Selepas makan bersama Mak malam hari tu, aku terus naik ke bilik dan menelefon Eli. Ada sesuatu yang ingin aku ceritakan kepadanya. Cerita berkaitan ‘temujanji’ yang aku tidak hadirkan diri pada siang tadi. Dan sudah tentunya aku ingin melepaskan geram terhadap Eli juga. Suka-suka hati je dia bagi number aku kat orang.

“Hello Assalamualaikum, Eli…Kau ada kat mana? Aku telefon siang tadi tak angkat pun?” Aku menelefon Eli sebaik sahaja masuk ke bilik.

“Waalaikumussalam…Sha, sorry la..Aku tak perasan la tadi. Handset aku ada dalam bilik rumah sepupu aku ni..Nak call kau balik pastu tapi lupa pulak. Aku pun baru nak call kau jugak ni. Tapi kau dah call aku dulu. Hehe. Oh ye, mesti kau nak cerita pasal tu kan? Haa so macam mana? Aku dah cakap kan, sure OK punya. Hehe.”

“Banyak la kau punya OK. Aku tak pergi pun jumpa mamat tu. Aku tertidur.” Balasku kepada Eli. 

“Haa? Habis tu, macam mana?” Eli menyoal dengan nada yang terkejut. 

“Macam mana apanya..macam tu lah. Mamat tu telefon aku lepas tu. Aku tak tahu la dari mana dia dapat number aku. Ko bagi kat dia eh Eli?” Aku bertanya inginkan kepastian. 

“Eh eh..Aku tak pernah bagi number ko kat orang. Tapi pelik jugak. Macam mana dia boleh dapat nombor kau kan Sha? Hmm…” Eli kehairanan. Aku lagi la hairan. Siapa lagi yang lelaki tu boleh dapat nombor aku  kalau bukan dari Eli? Dari abang Eli? Hmm…mungkin…Tapi abang Eli ada ke nombor aku? Entahlah…Aku pun tak tahu jawapan semua ni. Apa yang aku nak fikirkan hanyalah pasal esok.

“Hmm Eli, kau kena tolong aku esok. Dia call aku tadi. Dia nak ajak aku lunch dengan dia. Aku dah tercakap OK nak lunch dengan dia la. Aku masa tu malas-malas nak cakap. Entah macam mana la tersasul.  Kau tolong aku esok boleh?” Aku mengharapkan jawapan yang positif dari Eli. Lagipun dia la dalang dalam semua ni. 

“Sha, aku bukan tak nak teman kau esok. Tapi aku cuti untuk dua hari lagi. Selasa ni baru aku balik. Hmm sorry la Sha.” Eli menjawab perlahan. Ada nada rasa bersalah dalam percakapannya itu.

“Hmm OK la kalau camtu. Apa-apa hal nanti aku call kau ye Eli.”

“OK Sha, ada apa-apa bagitahu je. Oh ye, lupa aku nak cakap. All the best ye tengahari esok. Hehe.” 

Kurang asam punya Eli. Sempat lagi tu mengusik aku. Selesai berbual dengan Eli malam tu, aku terus melelapkan diri. Apa yang bakal berlaku esok betul-betul merunsingkan aku. Harap-harap tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku esok. Amin.


********************

Pagi esoknya aku ke pejabat sedikit lewat dari kebiasaan. Aku terbangun lambat. Nasib baik sempat sempat punch kad sebelum 8.30 pagi. Kalau tak, habislah nak kena menjawab dengan bos. Aku pernah terlewat ke pejabat sekali. Tapi nasib baik bos tak ada cakap apa-apa. Pejabat aku ni hampir setengah jam juga la kalau bertolak dari rumah. Pagi-pagi jalan selalu sesak, jadi sebab tu la aku kena awal-awal. 

Saat jam menunjukkan jam 12.30 tengahari, aku menjadi kalut. Perasaan yang tak diingini datang. Aku jadi berdebar-debar. Macam mana kalau lelaki itu betul-betul datang? Aku menjadi tidak senang duduk. Selalunya waktu-waktu macam ini aku akan keluar dengan teman sepejabatku seperti Kak Ita dan Kak Ayu, tapi hari tu aku tolak pelawaan mereka dengan mengatakan bahawa aku akan keluar makan dengan kawanku. Aku nampak mereka hanya tersenyum. Aku tidak mahu keluar makan dengan lelaki itu sebenarnya dan aku hanya berharap yang dia terlupa akan perkara itu. Ketika waktu sudah menghampiri 12.40 tengahari, aku menerima satu mesej di telefon bimbitku.

Salam. Saya dah kat bawah. Jom…

Terbeliak mataku sebaik membaca pesanan ringkas itu. Sungguh tak kusangka  ini jadinya. Dia tahu office aku kat sini? Huwaaa…Macam mana ni? Patut ke aku turun ke bawah dan ikut lelaki tu pergi makan? Tapi aku dah pun tercakap OK semalam. Dia pun dah tercongok kat office aku ni. Adoi, mati la aku macam ni.

Aku memikirkan alasan yang munasabah untuk mengelak dari berjumpa lelaki itu. Tapi boleh ke macam tu? Dia dah pun ada kat sini. Kalau dia naik cari aku nanti lagi naya. Lelaki ni bukan boleh kira sangat. Aku tak pernah kenal pun dia ni. Ish. Masalah betul la. Namun dalam hati kecil aku masih berharap yang lelaki tu salah datang office. Aku tak mahu jumpa lelaki yang tiada kaitan dengan aku ni. Tak mahu!

Tetapi aku memberanikan diri. Tiba-tiba saja datang satu idea bahawa aku boleh mengajar lelaki ini sesuatu. Aku jadi geram. Aku ingin tunjukkan bahawa perempuan yang dia ingin jumpa sangat ini sebenarnya bukanlah seperti apa yang dia fikirkan. Rasakanlah kau wahai lelaki. Nak sangat jumpa aku kan? Aku akan tunjukkan siapa diri aku. Biar padan muka.

Aku meninggalkan ruangan kecilku di tingkat tiga pejabat itu dengan perasaan yang bercampur baur. Geram tetapi masih takut-takut.  Aku memilih untuk menggunakan tangga dan melangkah turun perlahan-lahan. Aku mahu lambat-lambat. Biar lelaki itu tunggu. Sanggup datang sanggup la tunggu, kan? Hahaha. Rasakan. Aku nak buat dia angin satu badan dengan aku.


Sebaik sahaja aku sampai di depan kaunter penyambut tetamu di tingkat bawah, aku ternampak satu kereta park betul-betul depan perkarangan pejabat. Honda Civic putih. Nampak sporty. Ada seorang lelaki di dalamnya. Hmm, kereta lelaki tu mungkin. Aku tak pernah nampak kereta tu kat sini sebelum ni. Jadi apa aku nak buat sekarang ni? Terus pergi ke kereta lelaki tu dan jumpa dia? Macam mana kalau aku salah orang? Malu sendiri aku nanti. Ish. Lelaki ni pun satu, bagitahu la kereta apa dengan nombor plat sekali. Ingat orang ni kenal ke kereta dia? 

Namun, dalam hati aku yakin bahawa memang tu adalah kereta dia. Entah kenapa aku pun tak pasti. Jadi, aku pun terus melangkah ke luar pejabat dan ke arah kereta tersebut. Aku takut-takut tapi dalam masa yang sama juga aku berasa geram. Geram kerana aku perlu mengikut kerenahnya. Dan juga geram terhadap diriku sendiri yang tersasul semalam. Aku cuba berlagak seperti biasa sewaktu menghampiri kereta tersebut, tidak mahu menunjukkan bahawa aku sebenarnya agak gementar untuk berhadapan dengan situasi itu. Sebaik sahaja aku hampir sampai ke kereta di luar pejabat aku itu, lelaki di dalam kereta tersebut keluar dari keretanya dan terus menuju ke arah aku. Aku cuba berlagak biasa dan tidak menunjukkan sebarang kekalutan. Aku tak boleh tunjuk yang aku adalah seorang yang lemah. 

“Assalamuaikum. Cik Sha?” Lelaki tersebut menyapa sambil tersenyum sebaik sahaja sampai betul-betul di hadapan aku.

“Waalaikumussalam… Saya.” Aku hanya menjawab ringkas.

Lelaki itu kelihatan berpakaian pejabat lengkap bertali leher. Hmm, boleh tahan juga penampilan dia. Tapi perangai entah apa-apa. Ajak orang sesuka hati suruh ikut dia pergi entah ke mana-mana. Dah la aku tak kenal dia ni siapa. 

“Saya Ridzuan…Panggil Riz je. Silakan, Cik Sha.” Lelaki itu berkata seraya membuka pintu keretanya untuk aku.

Riz? Huh. Gentleman konon. Pandai berlakon ke lelaki ni? 

Aku masuk dan duduk di kerusi penumpang di sebelah tempat duduk pemandu. Sungguh janggal sekali rasanya. Kalau la Mak atau Kak Long tahu apa yang aku sedang buat ni, apa la jawapan yang aku nak bagi nanti. 

Mak, Sha tak bersalah Mak. Lelaki ni yang bersalah. Sha tak buat apa-apa pun. Dia ni Mak…

Sebaik sahaja lelaki itu masuk semula ke kereta, kami berdua bergerak meninggalkan pejabat aku. Entah ke mana la lelaki ni nak bawa aku tengahari ni. Aku ingin bertanya tetapi aku segan dan aku mahu meminimumkan mungkin perbualan aku. Aku hanya memilih untuk mendiamkan diri sambil berdoa bahawa tiada perkara yang tidak diingini berlaku nanti.

Tengahari itu aku dibawa ke sebuah restoran sama seperti yang Kak Long bawakan aku dan mak semalam. Lelaki ni macam tahu-tahu yang aku selalu datang ke restoran tu. Hmm…Mungkin kebetulan saja. Tak mungkin lelaki ni tahu. Dia tak perlu tahu. Cuma apa yang aku nak tahu sekarang adalah tujuan sebenar dia beria-ria untuk berjumpa dengan aku. Aku mahu mendengar sendiri jawapan darinya.

Setelah kami mengambil tempat duduk di sebuah meja di sudut restoran tersebut, lelaki itu terus memesan makanan. Aku secara tidak sengaja telah memilih nasi berlauk. Sepatutnya aku memesan sup sahaja, supaya aku dapat habiskan lunch dengan cepat dan cepatlah juga balik ke pejabat. Tapi disebabkan lapar punya pasal, aku terus terlupa yang aku sebenarnya tidak mahu lama-lama di sini. Hmm tak apa lah, hadap sajalah nanti dan makan cepat-cepat. 

“Hmm so…Awak dah berapa lama kerja kat situ?” Lelaki itu bertanya sewaktu aku sedang memikirkan cara untuk balik ke pejabat dengan cepat.

“Hmm..2 tahun..” Aku berbasa-basi menjawab. 

Cepat-cepat aku teringat balik tujuan aku mengikutinya tengahari ini. Aku ingin menunjukkan bahawa dia sebenarnya telah silap memilih orang. Aku yang dia pilih nak jumpa? Memang silap besarlah. Aku takkan sekali-kali terpengaruh dengan lelaki macam ni. Jadi aku akan ajarkan dia sesuatu. Biar dia tahu aku bukanlah semudah itu untuk dia tewaskan.

So, awak ni kenapa nak jumpa saya sangat? Awak kenal ke saya?” Aku memberanikan diri untuk bertanya.

“Hmm…Saya tak adalah kenal sangat awak ni. Tapi, kita boleh kenal-kenal kan? Be friends..” Kata lelaki itu sambil tersengih. 

Eh dia ni, suka-suka hati je. Tak malu ke ha? 

“Ala, berkawan je. Tak salah kan?” tanya lelaki tersebut yang masih tersengih dari tadi.
“Ye lah tu. Saya percaya.” 

Huh. Tak kuasa aku nak layan dia ni lebih-lebih. Nanti makin dilayan makin menjadi. Baik aku setuju saja apa yang dia cakap. Tapi mana boleh jadi macam ni? Aku tak boleh mengalah macam tu je. 

Tidak berapa lama kemudian, makanan tiba. Aku makan sedikit cepat dari kebiasaan. Kami tidak banyak berbual. Aku pula hanya menjawab soalannya dengan sambil lewa. Aku tidak selesa berada dalam situasi seperti itu. Makan tengahari dengan seorang lelaki asing yang ingin berkenalan dengan aku bukanlah sesuatu yang aku jangkakan akan berlaku. Setelah selesai makan, aku lihat lelaki itu masih lagi sedang menjamu selera. Selepas menghabiskan nasinya, dia bercadang untuk memesan aiskrim untuk kami berdua namun aku menolak. Aku katakan bahawa aku telah lewat dan hendak pulang ke pejabat dengan segera. Dia hanya akur dan setuju untuk menghantar aku pulang ke pejabat semula.  

“Terima kasih. Sebab sudi makan tengahari dengan saya hari ni.” Sambil tersenyum, lelaki itu berterima kasih kepadaku sewaktu aku hendak keluar dari kereta setibanya aku di pejabat.

Eh, macam la orang nak keluar makan sangat dengan dia. Tolonglah sedar sikit. Tak kuasa aku.

“Sama-sama. Thanks for the lunch…Bye.” Aku membalas sambil melangkah keluar dari keretanya dan terus menuju ke bangunan pejabatku.

“Sure. Jumpa lagi. Assalamualaikum…” Lelaki tersebut membalas kembali sewaktu aku cepat-cepat melangkah ke pintu masuk pejabat. 

Waalaikumussalam. Tapi jangan harap aku nak jumpa kau lagi.First and last ye tadi. 
Aku menjawab salamnya perlahan sambil berkata di dalam hati. 

Petang itu selepas habis waktu pejabat aku pulang ke rumah dan berfikir kembali akan kata-kata lelaki tersebut. Nak jadi kawan? Takkan dia tak dapat tanda-tanda lagi kot yang aku ni tak nak berkawan dengan dia. Mungkin sebab aku pergi lunch tadi kot dia ingat aku ni nak terima dia sebagai kawan? Hmm…kawan lah sangat. Padahal…Huh, lelaki. Semua sama je. Nak rapat sebab ada tujuan lain. Aku dah faham sangat semua ni. 

Sebelum aku tidur malam tu, aku mengemaskan meja kecilku di dalam bilik yang sedikit berselerak dengan barang-barang peribadiku. Hujung minggu baru-baru ini aku asyik memikirkan masalah dengan lelaki itu sahaja, hinggakan hendak mengemas pun terlupa. Sedang aku berkemas menyusun barang-barang di atas meja ku itu, aku perasan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada sesuatu yang tidak cukup. Sesuatu yang tidak lengkap di atas meja itu. Alamak, handbag aku! Mana pulak perginya handbag aku ni?


...akan bersambung