Monday, May 30, 2011

Cekodok Pisang, Teh & ... (Bahagian 2)


2.20 petang. Hari Sabtu.

“Sha, ko ad kerja x? Jom temankan aku kuar. Aku blanje ko mkn nak? Hehe..”
 
Mesej yang baru sahaja aku terima di telefon bimbitku itu aku baca. Dari Eli, teman baikku. Tanpa berkira-kira lagi aku terus menghubungi Eli. Seronok juga kalau ada orang belanja petang-petang ni. Aku pun belum lunch lagi. Lagipun aku memang selalu keluar dengan Eli hujung minggu macam ni.

“Hello Assalamualaikum..Eli, ko nak keluar pukul berapa? Aku nak mandi kejap la. Nanti aku siap-siap aku call kau balik ye..?”

“Waalaikumussalam..Ok Sha, kita keluar tempat biasa ok..? Aku nak pegi cari novel sikit. Lama tak baca novel. Hehe..Ko siap cepat-cepat sikit Sha, aku takut novel tu habis je orang beli nanti..Ko tak payah la mekap cantik-cantik..Ko nak kuar date dengan aku je pun. Hehehe..” suara Eli aku dengar tergelak sinis di hujung talian. Hampes punya kawan.

“Cess..Banyak cakap pulak ko Eli. Nak aku teman ke tak ni? Haha. Ok Eli, 2 jam lagi aku call..Haha..Hampes ko Eli..Sempat perli aku lagi tu..Jap lagi aku siap la..Aku call ko nanti ok?”

“Ok, cepat sikit tau yang…” Eli membalas.     
                                                                                     
“Yerrr…Aku cepat la ni…Dah, dah aku nak pergi mandi ni…” Aku terus menamatkan panggilan dan berlalu ke bilik air. 

Sebenarnya aku dah mandi pagi tu. Lepas Subuh terus stay sambil kemas-kemas bilik. Tapi dah jadi kebiasaan aku, sebelum keluar ke mana-mana mesti nak mandi dulu. Aku ni pulak mandi bukan nak sekejap. No wonder la Eli suruh aku cepat-cepat. 

Selesai mandi dan bersiap, aku menerima mesej dari Eli. Dia menyuruh aku menjemputnya di rumah. Katanya kereta dia adik dia pinjam. Tanpa berlengah aku terus mengambil kunci kereta dan turun ke tingkat bawah rumahku. Aku terus ke ruang tamu dan melihat emak tengah khusyuk membaca surat khabar sambil televisyen dibuka perlahan. 

“Hmm Mak…Sha nak keluar kejap dengan Eli. Pergi mall kejap. Mak nak pesan apa-apa…?”

“Laa…Baru bangun ke Sha…? Eh nak keluar ke mana pulak..? Mak dah masak lauk tu…Sha tak nak makan lagi ke?”

“Hmm tak lagi la Mak...Karang Sha balik, Sha makan OK? Mak makan la dulu…Eh Kak Long nak datang nanti kan? Pukul berapa Kak Long nak datang Mak?” Aku cuba mengalih topik perbualan. 

Kesian dan rasa bersalah pula aku tidak menjamah lauk masakan Mak hari tu.

“Kak Long sampai kejap lagi. Dia singgah kedai kejap katanya.”

“Ooo…OK…Sha pun keluar tak lama ni Mak. Temankan Eli kejap..” 

Aku berlalu ke dapur mengambil pinggan kecil. Di atas meja makan aku lihat beraneka jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Ada cekodok pisang dan masih panas! Terus aku ambil dan suap ke mulut tanpa menyedari Mak yang sedang menghampiriku. 

“Haa Sha..Alang-alang dah kat meja ni makan la nasi tu sikit..” Mak berkata sambil menuangkan air sirap limau ais ke dalam gelas untukku. 

“Takpe la Mak. Sha makan sama-sama lepas balik nanti. Mak simpankan lauk untuk Sha tau...”

Aku menjamah lagi cekodok pisang sambil diselangi dengan air sirap limau. Satu persatu aku ambil. Satu je memang tak cukup. Cekodok pisang dah jadi kuih favourite aku. Cekodok Mak buat memang sedap. Hari-hari makan pun aku takkan jemu.

“Mesti la Mak simpankan lauk untuk Sha..Nanti Kak Long datang Mak makan dengan Kak Long dulu. Sha jangan makan banyak-banyak pulak kat luar. Sha balik karang kita makan malam sama-sama dengan Kak Long sekali.” 

“OK...Ala Mak…Sha mana makan banyak-banyak kat luar…Sha makan banyak kalau Mak masak je…Hmm Mak ada nak pesan apa-apa tak?”kataku sambil tersenyum ingin mengambil hati Mak.

“Hmm tak ada apa Sha. Keluar tu bawak kereta elok-elok. Kirim salam kat Eli…Eh nanti Sha ajaklah Eli sekali makan kat sini balik nanti. Mak pun masak banyak ni.”

“OK Mak..InsyaAllah..Sha pergi dulu ye Mak..” Selesai meminta diri aku menapak ke pintu besar rumahku. 

Sambil memandu aku memasang radio. Lagu kegemaranku sedang berkumandang. Aku menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu tersebut. Sepuluh minit kemudian aku tiba di hadapan rumah Eli. Banglo putih dua tingkat sederhana besarnya. Kelihatan Eli sedang menunggu di atas bangku sambil membaca sesuatu, majalah ku kira. Sebaik sahaja Eli menyedari kelibat keretaku, dia terus bangun dan menuju ke arahku sambil tersenyum. Eli, orangnya cerah sedikit dariku. Tingginya lebih kurang sama sahaja denganku. Suka bergaya tapi sopan dan tidak terlalu over pemakaiannya. Dia teman rapatku sewaktu dari sekolah menengah lagi. 

“Haa ni apa tersengih-sengih ni?” Aku terus bertanya sewaktu Eli melabuhkan diri di tempat duduk sebelahku. 

“Takde… Sebenarnya Sha…Hmm…Aku nak bawak kau pergi jumpa kawan aku ni haa...Dia asyik mesej aku je cakap nak jumpa dengan kau. Aku pun tak tahu la dari mana dia kenal kau. Aku pun tak pernah cerita apa-apa kat dia. Aku cakap kau tak berminat nak kenal-kenal orang ni. Tapi dia asyik tanya je so aku macam kesian la jugak kat dia ni. Dia ni sebenarnya kawan abang aku. Selalu la jugak datang rumah aku lepak-lepak dengan abang aku…”

Terbeliak mata aku sejurus mendengar kata-kata Eli.  Aku terkejut dengan penjelasan Eli yang panjang lebar itu. Minah ni biar betul. Dia ingat jumpa-jumpa orang ni perkara main-main ke? Aku tak berminat. Ishhh. Aku tak suka!

“Eli…Kau biar betul Eli? Kau main-main je kan Eli?” Aku bertanya sambil mengharapkan jawapan yang menyedapkan hatiku sendiri. Ini perkara serius.

“Ala Sha…Dia nak berkawan dengan kau je kot. Kenal-kenal. Lagipun aku tengok dia tu baik je. Aku tak syak apa-apa yang tak best la kat dia tu.” Eli cuba menenangkan aku yang sudah kelihatan kalut. Aku memang kalut kalau masuk bab-bab macam ni. Aku tak suka. 

“Eli…kau tahu kan aku macam mana…Aku ni…Hmm, aku ni…” Aku membuat muka sayu sambil memandang Eli. 

“Eli, please la bersimpati dengan aku. Mamat mana la pulak ni Eli oii…” Aku berkata di dalam hati.

“Ala Sha…Aku nak tolong kau..Kau ni kenapa selalu jual mahal sangat? Orang tu nak kenal dengan kau je, bukan ajak kau kawin. Aku akan make sure semuanya berjalan baik. Kalau kau tak suka dia, this will be the first and the last time you will meet him. Don’t worry OK. Aku kan ada. Nothing bad will happen. Aku kan kawan kau Sha…” Eli cuba memujukku. 

“Ish Eli…Aku tak nak laa…Ini bunuh diri namanya ni. Kau je la pergi jumpa mamat tu. Kau cakap je nanti aku sakit perut ke, aku balik kampung ke…” Aku cuba memberi alasan untuk mengelak dari berjumpa lelaki yang aku sendiri tak pernah tahu dan kenal. 

“Ala Sha…Aku dah bagitau dia yang kau setuju nak jumpa dia…Sekali ni je…Pastu kita takkan jumpa dia lagi OK? Aku sebenarnya rimas jugak dia asyik tanya aku je pasal nak jumpa dengan kau…Dia tu kawan abang aku. Aku kenal rumah dia. Parents dia pun aku kenal. Kalau ada apa-apa kita report kat parents dia. Tapi dia OK Sha. Dia OK.” Eli cuba memujukku lagi. 

Eli ni pun satu. Kenapa la dia tak cakap aku ni dah ada boyfriend ke, dah kahwin ke…Eli ni memang laa…Ada-ada je…Suka buat plan sendiri tanpa bincang dengan aku. 

“Hmm…” Aku menghela nafas sambil mengeluh. Aku tak suka macam ni. Aku dah tersepit. Mana nak lari. Ah, lantak la. Kali ni je. Please, kali ni je. Pastu jangan harap aku nak layan benda-benda macam ni lagi. 

Eli memandang aku. Menantikan jawapan meluncur dari mulutku. 

“OK, tapi sekejap je tau. 5 minit je. Lepas tu aku nak pergi beli barang sikit. Mak aku kirim.” Aku mengalah. 
Terpaksa. Eli la ni punya pasal. Tapi aku berjanji, 5 minit je. Lepas tu aku nak berambus dari situ. Tak kuasa aku nak berlama-lama kat situ nanti dengan stranger entah dari ceruk mana. Ish.

Sepuluh minit kemudian aku dan Eli tiba di sebuah shopping complex yang selalu kami lawati saban minggu. Memang penuh sesak orang ramai. Hari ni hari minggu. Tambahan pula sekarang ada sale. Aku terus mengikuti Eli sebaik sahaja memasuki perkarangan shopping complex itu. Dalam hati aku rasa sedikit gelisah. Aku takut sebenarnya. Dan aku tak suka. Aku anggapkan ini semua antara kerja gila yang pernah aku buat. Tapi aku berjanji kepada diriku sendiri dan Eli, ini adalah kali pertama dan terakhir aku akan buat perkara sebegini. Aku takut membayangkan apa yang akan berlaku nanti. Jantung aku terus berdegup kencang memikirkan perkara tersebut. Huwaaa, Makkk…Tolong Sha…!

Aku mengikuti Eli tanpa banyak bicara ke food court. Eli memberitahu aku bahawa lelaki itu mahu berjumpa dengannya di situ. Atau lebih tepat lagi mahu berjumpa denganku. Dalam hati aku terus berkata sinis, “Eleh, food court je ke? Ingatkan Pizza Hut ke, Burger King ke atau paling koman pun KFC…Kuno betul la mamat tu…” Haha. Jahat sungguh aku. Biarkan. Aku cuba untuk menghilangkan rasa takut dengan berfikiran begitu. Tak apa, Eli ada…Lagipun aku 5 minit je nanti kat situ. Minum air pastu balik la. Bukan apa-apa pun. Aku cuba untuk menguatkan hatiku sendiri.

Sebaik sahaja sampai di food court, Eli berhenti dan memandang sekeliling. Secara tiba-tiba handset Eli berdering. Eli menjauhkan sedikit dirinya dariku dan menjawab panggilan tersebut. Hmm, boyfriend lah tu.  Siapa lagi kalau bercakap jauh-jauh macam tu. Aku hanya tercegat di situ memandang sekeliling. Selesai Eli menjawab panggilan tersebut, dia menghampiriku.

“Sha, nasib kau baik hari ni. Dia tak dapat datang. Ada hal emergency katanya. Dia cakap sorry susahkan kau datang sini.”

Mendengarkan ucapan Eli itu aku terus berasa lega yang teramat sangat.
“Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Syukur…Syukur…Alhamdulillah, aku terlepas dari dugaan ini…” Aku berkata di dalam hati. Lega yang tidak terkira.

“Tapi Sha…” Eli menyambung. “Dia nak jumpa kau pukul 11 pagi esok kat sini.”

“Haa? Apa? Apa mamat tu nak dari aku? Aku tak nak la Eli. Aku tak nak jumpa sesiapa.” 

Ish, baru je terlepas satu dugaan, dugaan lain pulak yang datang. Tapi masih dugaan yang sama. Adoiii…

“Sha, kau tahu kan esok aku takde. Aku balik kampung pagi esok. Ada kenduri kahwin sepupu aku. Jadi aku tak dapat nak temankan kau esok.” Eli bersuara. 

Aku tersentak. Ini memang betul-betul parah. Jadi aku akan jumpa lelaki tu sorang-sorang esok? Gila. Memang tak la. Tapi tak apa. Aku sudah mempunyai perancanganku sendiri. Aku tak akan berjumpa siapa-siapa esok. Aku hanya mahu berkurung di dalam bilik. There is no way that can make me obey any nonsense demand dari entah siapa yang aku tak pernah kenal. Lantak. Peluang mamat tu dah tak ada. Siapa suruh emergency time nak jumpa aku? Tak ada peluang kedua. Padan muka kaulah wahai lelaki.

“Hmm Eli, jom lah kita balik. Haa, Mak aku kirim salam sekali tadi. Dia ajak kau makan nasi kat rumah aku. Kita makan kat rumah je la, aku takde mood la nak makan kat sini.” Aku mengubah topik bicara. Tak kuasa aku nak memikirkan hal tadi.

“Waalaikumussalam…Ok…Tapi kejap la Sha. Aku nak singgah kedai buku. Nak beli novel kejap. Hehe. Aku lupa la. Excited sangat tadi nak tengok kau jumpa kawan abang aku tu.” Eli tersenyum sinis sambil meninggalkan aku menghala ke kedai buku. Aku menjegilkan mata sambil memuncungkan mulut tanda geram dengan Eli. 

Aku pulang awal dari shopping complex hari tu. Tidak seperti kebiasaan. Lagipun tiada urusan yang penting lagi di situ. Tambahan pula aku memberikan alasan kepada Eli bahawa Mak mengajaknya makan di rumah petang itu sekali bersama kakak sulungku yang baru tiba. Eli hanya mengikut tanpa membantah. Setibanya aku di rumah, Mak terus bertanyakan kepadaku, hairan dengan outingku yang singkat hari itu. Aku hanya menjawab ingin mengajak Eli makan sekali dengan Kak Long. Lagipun aku memang betul-betul sudah lapar. 

Setibanya di rumah selepas aku menghantar Eli, aku berbual-bual dengan Kak Long. Kak Long adalah satu-satunya kakak dan adik beradikku. Aku adalah anak bongsu. Kak Longku itu telah berkahwin 5 bulan yang lepas. Suaminya tidak pulang sekali hari ini ke rumah Mak. Outstation kata Kak Long. Hmm…outstation, outstation…Boring

Lama juga aku berbual dengan Kak Long malam tu. Mak turut serta. Kak Long balik sebulan sekali ke rumah Mak. Jikalau tidak ada kerja, dua minggu sekali. Nasib baik la kakakku ini pandai memandu, kalau tidak terperap sajalah kat rumah kalau suami asyik outstation memanjang. Aku membuat teoriku sendiri. Hairan dengan kesibukan bekerja orang zaman sekarang. Aku pula macam ni je la. Kerja ikut waktu pejabat. 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Boring la juga lama-lama tapi dah kerja nak buat macam mana. Kerja je la.

Hampir pukul 11 malam aku melangkah masuk ke dalam bilikku di tingkat atas. Kak Long dan Mak masih lagi di bawah. Di dapur barangkali masih bercerita sesuatu. Aku sudah hampir mengantuk. Aku merebahkan diri di atas tilam empuk kesayanganku itu. Hmm, hilang sekejap masalah dunia aku rasakan. Aku kembali bangun ke arah meja bersolek, ingin mengambil telefon bimbitku. 

1 new message.

Aku membuka mesej itu. Hmm, dari nombor yang tidak kukenali. Aku berdebar-debar secara tiba-tiba. Tidak mungkin. Tidak mungkin. Aku terus terduduk di atas katilku sejurus membaca kandungan mesej tersebut.

Salam. Jumpa awak esok pukul 11 pagi. Tempat sama. And sorry sebab tak datang tadi. Betul-betul emergency.

Aku benci macam ni. 

“Mana dia dapat nombor telefon aku ni? Ni mesti Eli punya kerja.” Aku berkira-kira sendirian.

Tapi tak apa. Aku tak akan ke mana-mana esok. Aku tak akan layan arahan lelaki tu. Siapa dia suka-suka je arah aku itu ini? Tidak. Aku tak akan jumpa siapa-siapa esok. Aku nak duduk rumah je. Aku nekad. Aku tak akan buat kerja gila tu untuk kali kedua. Berseorangan pula tu. Memang tidaklah jawapanku. 

Aku tidak membalas mesej lelaki itu. Sebaliknya aku terus menghantar SMS kepada Eli. Eli ni memang nak kenalah. Suka-suka je bagi nombor aku kat orang tak dikenali. Sejurus selepas itu aku terus meletakkan telefonku di sisi sebagai alarm clock dan terus lena dalam perasaan bercampur-baur malam itu.

********************

Pagi esoknya pukul sepuluh aku bangun dan turun ke bawah bersarapan bersama Mak dan Kak Long. Aku bawa bersama handsetku.Sedang aku menyuapkan nasi lemak ke mulut, tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku lihat nombor yang tidak dikenali. Lelaki itu barangkali. Atau orang salah nombor. Entah. Aku pun tidak pasti. Aku tak hafal nombor lelaki itu. Apa yang pasti aku tidak akan menjawab panggilan itu. Kalau lelaki itu telefon, apa aku nak jawab depan Mak dan Kak Long? Ish. Panggilan itu aku matikan. Aku reject call tu. Terus aku letak silent mode telefon aku tu. Kak Long hanya memerhati. Hairan dengan tingkah laku aku itu.  Aku hanya tersengih sambil mengunyah perlahan nasi lemak dalam mulutku. 

“Siapa tu Sha?” Kakakku menyoal.

“Entah la Kak. Orang salah nombor kot. Takde dalam contacts pun nombor tu.” Aku menjawab sambil menghabiskan sarapan secepat mungkin. Aku naik ke bilik selepas itu. 

1 new message.

Aku buka dan baca mesej tu. Aku dah dapat agak apa isi kandungan mesej tu.

Salam. Jangan lupa temujanji kita. Pukul 11 pagi. Tempat sama macam semalam. Datang tau. Saya tunggu.

Ish. Lelaki ni sah gila. Dia tak kenal pun aku. Dia tak pernah pun tengok aku. Kenapa dia nak sangat berjumpa dengan aku ni? Aku sungguh tidak faham. Apa aku nak buat sekarang ni? Macam mana kalau dia call lagi? Aku buntu. Hidupku sekarang terganggu dengan lelaki entah dari mana. Pengacau. Gila. 

Aku menelefon Eli. Lama aku menunggu tapi tiada jawapan di hujung talian. Tiga kali aku call. Sama. Tiada jawapan. 

“Ish, sibuk benar Eli ni. Angkat la phone sekejap. Sepupu kahwin atau dia yang kahwin ni?” Aku merungut sendirian.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.40 pagi. Aku berbaring di atas katil. Niatku untuk membaca suratkhabar di bawah bersama Kak Long dibatalkan. Aku tiada mood. Mood aku pagi-pagi lagi telah rosak. Aku hanya berbaring memandang siling. Tidak tahu apa yang ingin dilakukan. Aku tak mahu jumpa lelaki itu. Aku tak mahu. Tuhan tolonglah…Aku merintih sendiri di dalam hati. Tanpa aku sedari, aku terlena di pagi itu. 

Lama juga aku tertidur pagi itu. Kak Long datang mengejutku pukul 12.30 tengahari. Dia mengajak aku keluar makan di restoran tengahari itu. Kak Long sempat bertanya samada aku sihat atau sebaliknya. Ye la, baru bangun tidur, tidur lagi. Lepas makan pagi pulak tu. Tak senonoh betul perangai. Aku menjawab bahawa aku sihat-sihat saja. Cuma kepenatan barangkali. Penat otak memikirkan cara untuk aku ‘lari’dari lelaki yang sedang mengacau hidupku sekarang itu. Huh.
Tiba-tiba aku teringat akan ‘temujanji’ itu.

“ Ops. Dah pukul 12.30. Sorry. Tak sengaja. Tertidur.” Aku hanya berkata di dalam hati sambil tersenyum. Yes, aku ada alasan. Aku tertidur. Hehe. 

Aku mencapai telefonku. 

3 missed calls & 2 new messages. 

Aku periksa nombor yang membuat panggilan itu. Nombor sama. Sah, memang lelaki tu. Aku buka mesej yang dihantar. Mesej pertama berbunyi:

Awak, saya tunggu ni. Dah 30 minit saya kat sini. Mana awak? Datang eh. Saya tunggu. 

Mesej kedua yang sampai selang setengah jam dari mesej pertama pula aku baca. 

Awak, awak tak datang ke? Hmm, kalau macam tu saya balik dulu la. Nanti saya call awak OK.

Aku membaca mesej-mesej itu satu persatu. Rasa kesian la pulak kat dia ni. Sanggup tunggu aku sejam tu. Tapi kenapa dia nak sangat jumpa aku ni? Aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku. Hmm…kalau setakat nak jumpa nak berkenalan dan nak jadikan aku girlfriend dia baik tak payah. Lupakan je lah kalau macam tu. Aku tak berminat. Tapi itu je lah sebabnya kan? Tak ada sebab yang lain dah.

Dalam aku memikirkan hal itu, ada panggilan singgah di telefonku. Sekarang aku dah dapat cam nombor yang tertera di skrin telefonku itu.

Lelaki tu.

Patut ke aku jawab panggilan tu? Apa aku nak cakap nanti? Ya Allah tolonglah hamba-Mu ini…

Butang hijau aku tekan. Aku memberanikan diri menjawab panggilan itu. Apa nak jadi, jadi lah. 

“Assalamualaikum, Sha…Awak ke tu?”

Kedengaran suara lelaki di hujung talian. Aku terdiam. Tergamam sebentar. Macam mana dia tahu nama aku? Eli? Eliii…I hate you

“Waalaikumussalam.” Aku menjawab pantas-pantas. Semua perasaan datang menerpa. Kaget, gugup, takut, rimas, benci...Semua ada...Semua datang sekaligus. Aku benci keadaan ini.

“Sha, kenapa awak tak datang? Saya tunggu awak tadi…” 

Kedengaran suara sayu lelaki tersebut di hujung talian. Ceh, buat-buat sedih konon. Lelaki. Bukan boleh percaya sangat. Kalau bab mengayat, nombor satu. 

“Hmm tertidur tadi. Tak sihat. Demam.” Aku menjawab acuh tidak acuh pertanyaannya, patah demi patah. Malas hendak bercakap proper dan lama-lama. Dia ni entah siapa-siapa. 

“Oh demam ke…Patut la tak balas mesej dengan jawab call saya tadi. So sekarang dah OK demam tu? Makan ubat tak?”

“Tak. Tak demam pun. Eh tak. Takkk. Tak makan ubat pun.” Aku tersasul. Kalut. Habis la aku. Tu la, siapa suruh aku menipu. 

“Hmm OK. Nanti makan ubat tu. Kang melarat pula nanti. Esok awak kerja kan?” 

Aku bernasib baik. Dia tak perasan aku tersasul tadi. 

“Kerja.” Aku malas-malas hendak menjawab. Aku dah tak larat nak layan dia ni.

“Jangan lupa makan ubat tu.”

“OK.”

“Esok pergi kerja tau.”

“OK.”

“Kita lunch sama-sama esok.”

“OK.”
.....
.....
.....
.....
.....

Kejap, kejap. Apa aku cakap tadi? Aku cakap OK? Damn. Aku terlepas cakap. Itulah, malas sangat nak bercakap, akhirnya aku sendiri yang terperangkap. Belum sempat aku membetulkan kesilapan itu, lelaki itu telah memberi salam lalu mematikan talian.

Aku termangu sendirian sambil berfikir dan membayangkan hari esok. Macam mana kalau dia datang office aku esok? Tapi dia kenal ke office aku? Kalau dia kenal, mana aku nak lari? Lelaki ni biar betul? Dia ni dah gila barangkali…

Aku betul-betul tiada jalan keluar. Lelaki ini begitu bersungguh-sungguh mahu berjumpa aku. Hmm…

Aku bersiap-siap dan turun ke bawah. Kak Long dan Mak sedang menunggu aku untuk ke restoran. Restoran itu agak penuh dengan pengunjung yang mahu menjamu selera hari itu. Kak Long gemar membawaku makan di sini. Pernah juga aku dan Eli makan di sini sekali-sekala. Jikalau singgah di sini, antara hidangan yang tidak pernah aku miss adalah tom yam campur. Pedas, berempah dan sedap. Namun tengahari itu aku makan tanpa berselera. Aku hanya memesan nasi putih dan sup ayam. Fikiranku terganggu. Namun aku cuba sembunyikan apa yang terbuku dalam diriku ini dari pengetahuan Kak Long dan Mak. Aku tidak mahu mereka tahu apa yang sedang sedang melanda diriku sekarang ini.

Petang itu selepas pulang dari lunch, aku hanya berbaring di sofa ruang tamu sambil menghadap televisyen. Aku hanya membuka televisyen tanpa memberi perhatian kepada rancangan yang disiarkan. Tiada mood hendak menonton, sebaliknya aku hanya memikirkan apakah nasibku di esok hari. Semua ini datang tanpa aku duga. Aku tak sangka akan jadi begini secara sekelip mata. Tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki yang sibuk mahu hadir dalam diari hidupku. Oh Tuhan, kenapakah? Aku tak mahu salahkan Eli. Dia sahabatku yang terbaik yang pernah aku ada. Apa yang dia buat hanyalah demi kebaikanku juga. Namun aku tak pasti samada cara Eli ini betul atau sebaliknya. Aku telah lama mengenali Eli dan aku percayakannya. Tapi apa yang sedang berlaku sekarang ini benar-benar merisaukan dan membuat aku menjadi takut.  

Aku sebenarnya masih terbayang-bayangkan kenangan yang lalu. Kenangan pahit yang sukar aku lupakan. Semuanya berlaku di depan mataku sendiri. Aku tidak mahu memikirkan lagi kejadian pahit itu namun apakan daya, itulah yang menghantuiku saban hari semenjak 2 tahun yang lepas. Kepercayaanku terhadap insan yang bergelar lelaki telah dimusnahkan di hadapan mataku oleh bekas teman lelakiku sendiri. Sejak dari hari itu, aku putus harap untuk menjalinkan hubungan yang rapat dengan mana-mana lelaki yang ingin mengenaliku. Aku hanya ingin membiarkan masa berlalu. Namun begitu, aku sedar bahawa satu hari nanti aku pasti akan berkeluarga. Cuma bila dan dengan siapa saja yang menjadi persoalannya. Buat masa sekarang, aku belum lagi bersedia. Pintu hatiku masih lagi tertutup untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupku. Tetapi sekarang ini, lelaki yang secara tiba-tiba entah dari pelusuk mana datangnya itu cuba mengganggu apa yang aku rancangkan untuk hidupku. Memang benar manusia hanya mampu merancang dan ketentuan itu datang secara mutlak dari Tuhan tetapi sesungguhnya aku belum bersedia. Aku belum mampu. Ya Allah, bantulah aku menghadapi hari-hariku kelak…

Petang itu aku terlena di atas sofa, dengan televisyen yang menontonku. 

“Sha…Kenapa tidur kat sini?” Kakakku datang lalu mengejutkanku yang terlena entah berapa lama di ruang tamu itu.

“Sha tak sihat ke?” Soal kakakku serentak menyentuh dahiku. Dahi dan badanku tidak terasa panas. Biasa-biasa saja. 

“Takde la Kak Long, Sha sihat je. Terlelap tadi lepas tengok TV.” Aku bingkas bangun dari berbaring dan terus mengambil remote control lalu menutup televisyen.

“Hmm…Dua hari ni Kak Long tengok Sha macam ada problem je? Sha ada apa-apa masalah ke?” Kak Long menyoalku perlahan. 

“Tak la Kak Long. Sha OK je. Kak Long jangan la risau apa-apa. Sha kan adik Kak Long, mestilah pandai jaga diri…Sha OK je…” Balasku sambil tersenyum tawar. 

Aku sebenarnya sedikit tersentak dengan pertanyaan Kak Long itu. Tak sangka kakakku ini dapat membaca reaksi aku sejak dia balik ke rumah hujung minggu ni. Hmm tapi logiklah. Dia seorang je kakak yang aku ada. Apa-apa yang berlaku ke atasku pasti dia akan dapat tahu juga. Petang itu selepas solat Asar, Kak Long pulang semula ke rumahnya di Kuala Lumpur. Sebelum bertolak dia sempat berpesan kepadaku agar berkongsi dengannya jikalau ada apa-apa permasalahan. Hmm, Kak Long ni…macam tahu-tahu je adik dia ni ada masalah. 

...bersambung

Friday, May 20, 2011

X Japan - Art Of Life

Desert Rose
Why do you live alone
If you are sad
I'll make you leave this life
Are you white, blue or bloody red
All I can see is drowning in cold grey sand

The winds of time
You knock me to the ground
I'm dying of thirst
I wanna run away
I don't know how to set me free to live
My mind cries out feeling pain

I've been roaming to find myself
How long have I been feeling endless hurt
Falling down, rain flows into my heart
In the pain I'm waiting for you
Can't go back
No place to go back to
Life is lost, Flowers fall
If it's all dreams
Now wake me up
If it's all real
Just kill me

I'm making the wall inside my heart
I don't wanna let my emotions get out
It scares me to look at the world
Don't want to find myself lost in your eyes
I tried to drown my past in grey
I never wanna feel more pain
Ran away from you without saying any words
What I don't wanna lose is love

Through my eyes
Time goes by like tears
My emotion's losing the color of life
Kill my heart
Release all my pain
I'm shouting out louder
Insanity takes hold over me

Turning away from the wall
Nothing I can see
The scream deep inside
reflecting another person in my heart
He calls me from within
"All existence you see before you
must be wiped out :
Dream, Reality, Memories,
and Yourself"

I begin to lose control of myself
My lust is so blind, destroys my mind
Nobody can stop my turning to madness
No matter how you try to hold me in your heart
Why do you wanna raise these walls
I don't know the meaning of hatred
My brain gets blown away hearing words of lies
I only want to hold your love

Stab the dolls filled with hate
Wash yourself with their blood
Drive into the raging current of time
Swing your murderous weapon into the belly
"the earth"
Shout and start creating confusion
Shed your blood for pleasure
And what? For love?
What am I supposed to do?

I believe in the madness called "Now"
Past and future prison my heart
Time is blind
But I wanna trace my love
on the wall of time, over pain in my heart
Art of life
Insane blade stabbing dreams
Try to break all truth now
But I can't heal this broken heart in pain
Cannot start to live, Cannot end my life
Keep on cry

Close my eyes
Time breathes I can hear
All love and sadness
melt in my heart

Dry my tears
Wipe my bloody face
I wanna feel me living my life
outside my walls

You can't draw a picture of yesterday, so
You're painting your heart with your blood
You can't say "No"
Only turning the wheel of time
with a rope around your neck
You build a wall of morality and take a breath
from between the bricks
You make up imaginary enemies and are chased by them
You're trying to commit suicide
You're satisfied with your prologue
Now you're painting your first chapter black
You are putting the scraps of life together
and trying to make an asylum for yourself
You're hitting a bell at the edge of the stage
and
You are trying to kill me

I believe in the madness called "Now"
Time goes flowing, breaking my heart
Wanna live
Can't let my heart kill myself
Still I haven't found what I'm looking for
Art of life
I try to stop myself
But my heart goes to destroy the truth
Tell me why
I want the meaning of my life
Do I try to live, Do I try to love
in my dream

I'm breaking the wall inside my heart
I just wanna let my emotions get out
Nobody can stop
I'm running to freedom
No matter how you try to hold me in your world
Like a doll carried by the flow of time
I sacrificed the present moment for the future
I was in chains of memory half-blinded
Losing my heart, walking in the sea of dreams

Close my eyes
Rose breathes I can hear
All love and sadness melt in my heart
Dry my tears
Wipe my bloody face
I wanna feel me living my life
outside my mind

Dreams can make me mad
I can't leave my dream
I can't stop myself
Don't know what I am
What lies are truth?
What truths are lies?

I believe in the madness called "Now"
Time goes flowing, breaking my heart
Wanna live
Can't let my heart kill myself
Still I haven't found what I'm looking for
Art of life
I try to stop myself
But my heart goes to destroy the truth
Tell me why
I want the meaning of my life
Do I try to live? Do I try to love?

Art of life
An Eternal Bleeding heart
You never wanna breathe your last
Wanna live
Can't let my heart kill myself
Still I'm feeling for
A Rose is breathing love
in my life

Sunday, May 15, 2011

Google Earth-ing

Tengok Google Earth buatkan aku rasa nak balik rumah dan ambik basikal jalan-jalan sekarang jugak.
Hahaha.
I like you Google Earth, I like you.
Apa-apa pun, jom layan gambar pulau ni dulu.
Bila la agaknya dapat sampai ke sini. Padahal dekat je dengan rumah.


Pulau Tenggol!!!

Lawa dan menenangkan...

Nak mandi kat sini!


Heh, sebenarnya tak tahu nak tulis apa.
Tiba-tiba terjumpa pulau ni dalam Google Earth.
So letak je la dalam ni. Gambar semua diambil dari Google Images.
Harap-harap satu hari nanti dapat berkelah kat sini.

1989


Me.
373 days old.

With my cousin, 403 days old.


And today, I am 8228 days old!
:)

Wednesday, May 11, 2011

Of Pacifica and Blue Night

last night i saw a star falling to the east of esa'ala
above the mountains of mauna loa
soaring high across the bluest night of pacifica
into the deep dark sea of mythical creatures in papua.

the fallen star 
once a night shiner in the endless sky, a perpetually loyal guide to the sailors
now deeply buried in the muddy seabed of weeds and reefs 
a divine delight to the ocean denizens.