Monday, April 18, 2011

Random Photos

Hmm saya nak post beberapa gambar lagi la kat sini. Gambar-gambar yang diambil sempena cuti baru ni. Enjoy la gambar-gambar rawak ni.

Laksam Dungun - beli kat belakang tapak pasar malam. Sedappp!

Kaki lima di Mesra Mall.

McDonald's Kerteh. First time sampai sini.

Tempat ni just kat belakang UiTM tapi tak pernah tahu pun ada.

My favorite spot untuk lepak di petang hari sambil minum air tebu sejuk - Taman Rekreasi Pantai Teluk Lipat.

Helmet kesayangan yang cun!

My Deuter Backpack. Beli kat East Coast Mall Kuantan.

It's cold outta here. Nampak kabus kat Bukit Bauk. Air laut pun nampak sejuk. My favorite picture!

Teluk Bidara. Atas bukit tu ada rumah api.

Ombak bergulung dengan air warna macam air tebu.

Menghabiskan petang di bawah pokok rhu sambil merenung laut. Err, cam bunyi tagline blog ni je:p

 Hmm ok tu je setakat ni.
 Buat post camni teringat la pulak kat hometown. Homesick sungguh hahaha.

Wednesday, April 13, 2011

A Ride To Remember

Cuti baru-baru ni sempat juga saya ke beberapa tempat yang menarik di sekitar daerah Dungun. Antaranya ialah Pantai Teluk Gadong, Pantai Teluk Lipat, Pantai Teluk Bidara dan Bukit Bauk. Tempat yang paling memenatkan untuk sampai adalah Bukit Bauk. Ia terletak hanya beberapa kilometer sahaja dari rumah tetapi disebabkan kelalaian sendiri yang tidak memakai helmet dan membawa air minuman, kepenatan adalah sangat-sangat dirasai. Rasa hendak pitam pun ada. Masa sampai di kaki bukit tu, jam telah menunjukkan pukul 6 petang lebih. Jadi tanpa berlengah, saya mengambil kesempatan untuk menaiki bukit tersebut dengan mengayuh basikal.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah ia merupakan satu pengalaman yang memenatkan. Mengayuh menaiki bukit tanpa sebarang rehat dan persediaan sebelumnya adalah satu kerja yang tidak wajar dilakukan. Hmm, satu pengajaran yang berguna saya kira.

Walaupun hanya separuh saja bukit tersebut dapat 'ditawan', namun perasaan puas tetap terasa. Dan kerana terlalu penat, hanya satu gambar saja yang diambil sewaktu berada di atas sana. Nampaknya lain kali saya kena pergi lagi ke sana kerana baru-baru ini hanyalah percubaan sahaja. Jadi, tidak mustahil puncak Bukit Bauk akan ditawan pada masa cuti akan datang.

Semoga hasrat itu akan tercapai. Pemandangan Bandar Dungun dari atas Bukit Bauk pasti menjanjikan satu pemandangan dan pengalaman yang menakjubkan.


Bukit Bauk - Bukit tertinggi di Bandar Dungun.

Ini adalah satu-satunya gambar yang diambil semasa dalam perjalanan ke puncak.
Gambar ini diambil semasa pulang dari kepenatan. Menara Telekom adalah destinasi sebenar.
Gambar yang tak disengajakan, tapi saya rasa ia menarik jadi letak je la sini.

Dan untuk maklumat, jalan menuju ke puncak Bukit Bauk sebenarnya baru sahaja dibuka untuk orang ramai sebagai trek joging. Sebelum ini, jalan tersebut digunakan oleh pekerja Telekom sahaja untuk ke menara telekomunikasi di atas bukit.



My New Notebook PC

Dell XPS 14 a.k.a L401x.

Anodized aluminum lid.

Almost black.

Powered by Intel Core i7.

Sound system by JBL and Waves Maxx Audio.

Yeah, that's it for now. Hope it will serve me well.
Pretty much loving it.