Tuesday, February 22, 2011

Jalan Pantai

Ok this is another video. Tengah bawak kete sempat lagi ambik video. Hehe. Video ni menunjukkan sebahagian dari Jalan Pantai Teluk Lipat. Ni masa on the way balik rumah. Abaikan apa yang saya membebel dalam tu;p

Monday, February 21, 2011

Awal April Di Padang Jambu

Hmm, selain dari tangkap gambar kadang-kadang saya jugak ambik video saje-saje. Takde keje. Haha. Video ni sebenarnya ambik tahun lepas dah. Bulan April 2010. Masa ni dekat rumah Tok. Bersiar-siar dengan basikal Tok sambil ambik video. Enjoy suasana Lorong 3, Kampung Padang Jambu;p


Sesi Joging Di Bukit Bauk

Em, saya dulu suka joging. Lebih-lebih lagi masa hujung minggu. Joging dengan kawan-kawan tepi pantai dari taman permainan tu sampai la ke Sura Hujung depan UiTM. Memang best pagi-pagi. Sambil tengok matahari naik, permukaan laut bersinar-sinar. Sangat cantik. Tapi tu masa dulu-dulu la. Masa sekolah menengah, 7-8 tahun yang lepas.

Balik Malaysia baru-baru ni pun ada jugak pergi joging. Tapi bukan dekat pantai. Dekat kawasan baru dibuka untuk berjoging iaitu Bukit Bauk. Pergi dengan mak sedara, sepupu & adik. Tak joging mana pun sebenarnya, jalan kaki je banyak sambil enjoy suasana pagi dikelilingi hutan. Lepas joging tu setiap sorang makan nasi lemak kat warung. Baru je buang lemak sikit, pastu ambik balik lemak. Hahaha:p

Jalan on the way naik bukit

Bersiar-siar di pagi hari

Jalan menuruni bukit

Kupu-kupu sebagai souvenir

Ok, tu je untuk kali ni. Jumpa lagi di lain masa.


Kenapa ayam?

Susah jugak kalau terlalu obses dengan blog. Sampaikan benda-benda kecil pun nak diletak kat sini. Ahh lantak..Mostly gambar2 ni ambik ngan kamera phone. So kualiti agak kurang memuaskan.

Oh, dah lama aku nak letak gambar ayam ni. Ambik kat rumah Tok, tapi ayam sape ntah.

Ayam buat sarang nak bertelur.