Wednesday, December 29, 2010

Tatkala Senja Berlabuh

Di waktu petang, di pantai..
Melihat matahari terbenam perlahan..
Melihat kawanan burung laut terbang pulang..
Ditemani pepohon rhu dan kelapa yang melambai..
Di pasir yang suam-suam..
Ralit diulit deru ombak-ombak kecil..
Merenung horizon dalam-dalam..
Begitu luas dunia kecil ini..
Begitu indah sepi menyendiri..
Suasana semakin sunyi..
Matahari semakin tenggelam..
Sinarnya semakin pudar..
Petang menjadi kelam..
Kerdipan bintang mula malu-malu menjengah langit senja..
Angin petang perlahan berpuput..
Tenang dan nyaman..
Disaluti udara masin yang pekat..
Dibaluti kesayuan dalam kesepian..
Di saat itu, aku tahu..
Yang aku hanya mahukanmu..
Aku mahukanmu di sebelahku..
Menikmati detik-detik terindah..
Yang tidak mungkin berulang kembali..

Tuesday, December 21, 2010

Mari Berkenalan

Dalam entri kelima aku kat sini, aku nak cerita skit kat korang (in case ada orang baca) pasal blog kedua aku ni. First of all, pasal nama blog ni - Di Pesisir Pantai. Kenapa aku pilih nama tu? Hmm, sebabnya simple je. Aku suka pantai. Aku rasa pun korang semua dan ramai dari kita yang sukakan pantai kan? Lagipun, aku dah 18 tahun lebih tinggal tepi pantai. I mean takde la tepi pantai yang mana buka tingkap je terus dapat lihat air laut. No. Bukan macam tu. Rumah aku hanyalah dekat dengan pantai. Jalan kaki 3 minit dah sampai.

Aku dan pantai memang tidak dapat dipisahkan. Seperti ombak dengan pantai. Cewwahh..Tetiba je kan. Haha. Tapi betul la jugak. Kalau aku ada masa lapang je waktu petang, aku mesti pergi lepak sorang-sorang kat pantai. Menjiwang la konon. Layan perasaan sikit-sikit. Hehe. Tak la. Aku just sukakan kedamaian suasana pantai. Dan juga pemandangannya. Ada pokok-pokok rhu besar yang banyak. I love that scenery. Haaa, sekarang jugak korang dah tahu kan kenapa nama aku Casuarina Lover. Aku paling suka tengok rumah aku berlatarbelakangkan pokok-pokok rhu yang banyak dan tinggi-tinggi tu masa aku drive on the way balik ke rumah dari ada satu jalan ni. Dari jauh je boleh nampak macam ni. Kalau dah dekat-dekat nak sampai dengan rumah tu, dah tak boleh nampak pokok-pokok tu. Terselindung.

Dulu kat kawasan rumah aku masa takde lagi rumah-rumah banyak kat situ, ada semak kemunting. Tahu pokok kemunting? Nak nama glemer aku panggil blueberry. Padahal bukan pun. Haha. Jap eh aku nak Google nama sebenar pokok kemunting tu.
Haa..betul la nama dia pokok kemunting. Nama saintifiknya Rhodomyrtus tomentosa. Apa yang specialnya pokok ni? Well, buah dia la. Bila masak kaler merah keunguan gelap. Buah dia kecik-kecik je bulat-bulat. Manis. Aku dulu selalu petik dan makan camtu je. Buah liar la ni. Tapi sekarang aku cari dah tak jumpa la buah dia. Pokok tu ada lagi dekat semak-semak kat kampung aku ni. Tapi buah dia dah tak jumpa. Bukan musim kot. Masa aku balik baru ni punya la sakan mencari jelajah sekitar kampung, tak jumpa satu pun buah dia. Tapi takpe, next time aku try lagi.

Oh, ini dia gambar pokok kemunting tu. Gambar buah dia yang dah masak dan siap dipetik pun ada sekali. Gambar ihsan dari Google Images.



Sape-sape yang tak kenal lagi tu pokok kemunting ni sure dah boleh kenal sikit-sikit kan. Harap-harap begitu la. Eh apa aku cakap pasal pokok pulak kali ni? Haha tak kisah la.

Hmm ok la. Sekian saja untuk kali ni. Jumpa lagi di masa akan datang dengan banyak lagi cerita-cerita yang menarik.

Teruja

Sungguh aku teruja.
Pertamanya, aku dah ada blog kedua. Yeay!
Keduanya, aku baru perasan alamat blog aku ni macam comel je kan?
Ye ke comel? Hehe. Tapi serius aku tak sangka alamat blog tu masih ada.
Dah di'reserved' untuk aku kot. Macam tahu-tahu je ye. Hehe. Terima kasih la kat blogger ni. Apa-apa pun. Blog ni takde kaitan sangat dengan blog pertama aku tu. Blog ni macam lebih kepada apa yang tersirat dalam hati aku je lah kot.
Oh blog pertama, jangan la nangis ye. Saya tak tinggalkan awak pun. Cuma ada yang kedua je. Bukan dimadukan ye. Haha. Jangan salah faham pulak. Blog pertama tu masih lagi yang pertama dan disayangi sangat-sangat.

(Mood excited sebab boleh merapu habis-habisan kat blog ni..Yeay yeay!)

Entri Pertama Di Blog Kedua

Salam.

Entri pertama aku di sini.
Aku di blog keduaku.
Sudah lama aku inginkan blog kedua.
Blog private. Supaya lebih senang untuk aku meluah.
Apa-apa saja. Apa saja yang aku ingin tulis.
Kerana selama ini aku seperti menjaga tatasusila dalam menulis di blog pertamaku itu.
Terlalu menjaga adab. Menjaga hati pembaca.
Dan akhirnya fikiran dan perasaan aku ketika menulis itu hilang entah ke mana.
Nah, sekarang inilah masanya. Tempat meluahkan perasaan di alam maya.
Walaupun takkan ada pembaca lain selain aku, aku tak kisah pun.
Inilah yang aku mahukan. Kalau boleh aku ingin rahsiakan blog ini sampai bila-bila.
Mungkin tak sampai bila-bila pun, kerana aku akan tinggalkan maklumat blog ni dalam diari aku.
Supaya bila aku telah pergi nanti, ada hati-hati yang sudi membaca dan memahami.
Blog pertamaku dulu pun mempunyai tujuan sebegitu.
Namun, semuanya dah berubah. Dah beralih arah.
Tapi blog itu masih lagi blog utamaku. Dan tentunya blog keduaku ini juga. *wink*
Aku akan terus menulis dan menulis, meluahkan apa saja. Sehinggalah aku dah tiada lagi kat sini kot. Entah la. Apa-apa pun, selamat menulis dan membaca kepada diri sendiri...